Khamis, 13 September 2012

Video Filem Menghina Nabi Muhammad SAW-Innocence of Muslims Arahan Sam Bacile

Dapat link video yang berdurasi 13:51 minit ini di FB. Filem yang telah menerima protes daripada umat Islam seluruh dunia. Kalau nak tengok kena cepat nanti di block pula.

Pelbagai pihak termasuk pemimpin agama dan kerajaan beberapa negara terus mengecam filem menghina Nabi Muhammad yang diterbitkan di California dan dipromosikan oleh aktivis Kristian Mesir yang anti-Islam di Amerika.

Petikan filem berkenaan yang dialih bahasa ke bahasa Arab disifatkan sebagai menjijikkan yang mencetuskan bantahan anti-Amerika Syarikat di Libya dan Mesir.

Republik Islam Iran mengutuk keras penghinaan kepada kesucian Islam dan bersimpati dengan rasa tersinggung umat Islam. Sikap berdiam diri kerajaan Amerika ke atas tindakan menjijikkan itu adalah alasan ia terus berlaku.

Amerika bertanggungjawab menghentikan aliran membahayakan dalam menyebarkan penghinaan kepada kesucian Islam, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Ramin Mehmanparast, dalam satu kenyataan.
Sedutan filem yang menghina Nabi Muhammad bertajuk Innocence of Muslims
Beliau tidak merujuk kepada serangan ke atas konsulat Amerika di Mesir dan Libya dalam kenyataannya.

Duta Amerika Syarikat ke Libya, Chris Stevens, dan tiga pegawai negara itu maut apabila penunjuk perasaan menyerang konsulat Amerika di bandar raya Benghazi bagi membantah filem berkenaan.
Filem berkenaan dihasilkan rakyat Amerika-Israel yang menyifatkan Islam sebagai barah dan menggambarkan Nabi Muhammad tidur dengan ramai wanita, lapor akhbar Wall Street Journal.

DI KABUL, kerajaan Afghanistan turut mengutuk keras filem itu.
Republik Islam Afghanistan mengutuk keras tindakan menghina dan tidak berperikemanusiaan dan meluahkan rasa jijik dengan penghasilannya, kata kenyataan pejabat presiden Afghanistan.

DI MESIR, penunjuk perasaan memanjat tembok Kedutaan Amerika di Kaherah, dan mengoyak serta menggantikan bendera Amerika dengan sepanduk Islam.
Lebih info baca  disini
Beg Cotton + Jeans Untuk Dijual (Murah,Cantik & Banyak Pilihan)

1 ulasan:

Suzie berkata...

Dulu masa kes kartoon menghina nabi tu saya kerja di TM, so ramailah satff pas gambar tu .kemudian Jabatan Agama di TM keluarkan kenyataan kalau kita sebagai Islam sama-sama tengok dan sama-sama forwardkan kita pun sama bersubahat ...walahualam .so sejak tu saya tak pernah buat lagi .tengok pun tak nak .Kalau kita tengok so jumlah penonton di youtube bertambah ...betulkan.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/