Ahad, 25 November 2012

Gambar Majlis Pernikahan Anas Zawawi(Anak Datuk K) Dan Anak Perempuan Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Anak sulung Datuk K iaitu Anas Zawawi, 25, telah selamat bernikah dengan Allysa anak Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein dan Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah.
Gambar majlis pernikahan anak tiri Dato Siti Nurhaliza

Suami baru Tengku Zawiyah Tengku Izham berdiri di sebelah Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein.
Anas Zawawi & Allysa di’ijabkabulkan sendiri oleh Datuk Seri Hishammudin
Pada majlis bernikahan itu turut kelihatan bekas isteri Dato K, Tengku Zawiyah Tengku Izham yang sudah berkahwin dengan dengan seorang ahli perniagaan dari Sabah iaitu Datuk Joseph King atau nama Islam nya Rayyan JK Abdullah.
Majlis pernikahan Anas Zawawi anak Datuk K 
Khabarnya, Anas mengenali gadis yang bijak dan cantik itu ketika mereka sama-sama menuntut di Australia dulu. Sekarang Anas sudah menamatkan pengajian dan kembali ke Malaysia untuk bertugas.

Mengikut perancangan majlis resepsi mereka akan berlangsung dengan meriah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan dijangkakan akan dihadiri ramai wakil kenamaan negara termasuk juga menteri kabinet.

Gambar dan info dari secantikmanis.blogspot.com & Rotikaya

Anas Zawawi dan Allysa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein nikah
Hantaran perkahwinan Anas Zawawi dan Allysa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein 
Update 
“Saya gembira bila sudah berkeluarga dan apabila anak sulung Dato’ K sudah mendirikan rumah tangga saya begitu bahagia dan gembira sekali. Saya ada bersama pasangan ketika mereka diraikan dan semuanya berjalan lancar dan selamat,” ujarnya ketika ditemui semasa pelancaran kempen SimplySiti di Hati.

Tiada ulasan: