Sabtu, 1 Disember 2012

Gambar Majlis Resepsi Nasha Alyssa Hishammuddin Dan Muhd. Anas Zawawi Khalid (Anak Tiri Ct Nurhaliza)

Majlis kenduri perkahwinan anak perempuan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Tun Abdul Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi berlangsung dalam suasana meriah dengan dihadiri kira-kira 10,000 tetamu.

Pada majlis itu, kedua-dua mempelai, Nasha Alyssa, 23, dan Muhd. Anas Zawawi Khalid, 25, mengenakan pakaian pengantin berwarna coklat keemasan dan kelihatan ceria melayan tetamu termasuk perwakilan dan pemerhati Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang sedang berlangsung.

Majlis resepsi Nasha Alyssa dan Muhd. Anas Zawawi Khalid
Pasangan tersebut selamat diijabkabulkan di kediaman pengantin perempuan di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya, Selangor pada 24 November lalu.

Muhd. Anas Zawawi merupakan anak sulung Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K bersama bekas isterinya, Tengku Datin Zawyah Tengku Izham.

Majlis itu turut diserikan lagi dengan persembahan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang merupakan ibu tiri pengantin lelaki. Siti Nurhaliza menyanyikan dua buah lagu iaitu Mencintaimu dan Zapin Budi.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.


Majlis perkahwinan Nasha Alyssa dan Muhd Anas Zawawi di Perhimpunan  Agung UMNO 2012

Dato Siti Nurhaliza dan Tengku Datin Zawyah Tengku Izham dimajlis resepsi Nasha Alyssa dan Muhd Anas.

Gambar Majlis Pernikahan Anas Zawawi(Anak Datuk K) Dan Anak Perempuan Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein


1 ulasan:

Mummy Akmar berkata...

Tahniah pada mereka...wah Dato CT dah ada menantu..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/