KELAS MENJAHIT

Selasa, 8 Januari 2013

Berita Datuk Seri Najib Razak Kena Strok Tidak Benar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyangkal dakwaan kononnya beliau tidak sihat seperti yang dilaporkan dalam beberapa blog di Internet.

Semasa berucap pada pelancaran Bon dan Sukuk Yang Diniagakan (ETBS) di Bursa Malaysia di sini, Najib menegaskan bahawa beliau sihat dan meminta rakyat Malaysia supaya tidak mendengar khabar angin.

"Bursa Malaysia sihat, pasaran bon sihat, pasaran sukuk sihat dan saya juga sihat. Jadi tolong jangan percaya terhadap blog," katanya disambut dengan tepukan hadirin.
 "Saya sihat", kata Najib
Spekulasi yang mendakwa perdana menteri diserang strok ringan hangat diperkatakan hujung minggu lalu.

Setiausaha akhbar perdana menteri Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad dilaporkan berkata semalam bahawa perdana menteri sihat.

Najib hadir pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi semalam.sumber


1 ulasan:

Kak Mahh berkata...

Insan yang baik ialah sentiasa mendoakan yang terbaik buat umat islam yang lain.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/