Isnin, 28 Januari 2013

OST Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi (RBDAD) Akasia TV3-Nyanyian Fahrin Ahmad

Satu lagi drama yang dijangkakan akan boom tidak lama lagi. Drama bertajuk Rindu Bertamu Di Abu Dhabi (RBDAD) akan bermula pada 11 Februari 2013 dalam Slot Akasia TV3.

Penerbit drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi(RBDAD) adalah Abang Haji Fadzil Teh daripada Zeel Production. Drama ini dianggarkan berkos hampir 1 juta ringgit dan diharapkan akan menarik minat semua untuk menontonnya.
Fahrin Ahmad menyanyikan lagu tema Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.

Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi akan dijangka menjadi drama terhebat TV3 pada tahun ini kerana membariskan pelakon2 terhebat seperti Fahrin Ahmad, Tasha Shilla, Aiman Hakim Ridza, Fouziah Ghous, Dato Rahim Razali, Lydiawati, Kismah Johar, Ridz Amin, Hairi Safwan dan Syatilla Melvin. Selain itu, lokasi penggambarannya dibuat di Abu Dhabi akan menambahkan lagi suasana yang berlainan dalam drama ini.


Paling Eksklusif dalam drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi ini, Fahrin Ahmad akan menjadi penyanyi untuk lagu temanya. Tajuknya "Siapa Ingin Membawa" ciptaan oleh Hafiz Hamidun dan Ahmad Fedtri Yahya.


Sinopsis Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

update 15.2.2013

KEKOK dan bagai tidak percaya. Itulah yang terlintas dalam fikiran aktor Fahrin Ahmad apabila mendengar lagu berjudul Siapa Ingin Membawa dendangannya sendiri buat pertama kali.

Lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik oleh Fetri Yahya itu merupakan lagu runut bunyi untuk drama bersiri terbaharu di slot Akasia TV3, Rindu Bertamu di Abu Dhabi lakonan Fahrin bersama pelakon Tasha Shila, Fouziah Gous, Shahrizal Jaszle dan Aiman Hakim Ridza.

Menurut Fahrin yang ditemui pada majlis pelancaran drama itu di Kuala Lumpur baru-baru ini, dia bukan sengaja untuk menjadi penyanyi kerana semua berlaku tidak dirancang.

“Semuanya bermula dengan gurauan apabila saya kata boleh cuba untuk menyanyi tetapi kena buat betul-betul dan lagu harus sesuai dengan tahap vokal saya.

“Penerbit drama ini terus minta lagu dan suruh saya menyanyi lagu ini. Semuanya berjalan dengan pantas kerana proses rakaman mengambil masa selama tiga hari sahaja,” kata Fahrin.

Tidak mengikuti sebarang kelas vokal mahupun mempunyai pengalaman menyanyi secara langsung di hadapan khalayak, Fahrin sendiri berasa sungguh lucu apabila dia ditebak dengan persoalan adakah dia kini mahu jadi penyanyi?

“Sebenarnya saya sendiri berasa kelakar sebab selama 10 tahun menjadi pelakon, ini kali pertama kali saya menyanyi. Sebelum ini saya menyanyi di karaoke untuk suka-suka sahaja, tidak pernah pun masuk studio rakaman sebelum merakam lagu untuk drama ini.

“Bagi saya, nyanyian adalah satu cabang yang baharu kerana sebelum ini saya telah menjadi pengacara, jadi apa salahnya untuk mencuba,” ujarnya.

Tambah Fahrin, meskipun sudah memiliki sebuah single, dia belum terfikir untuk menjadikan nyanyian sebahagian daripada kerjaya utamanya.

“Nyanyian sekadar kerjaya sampingan sahaja. Saya lihat dulu respons peminat terhadap lagu pertama ini, jika ada sambutan bolehlah diteruskan.

“Jika tidak ada sambutan, inilah lagu pertama dan terakhir saya (ketawa). Saya bukan ikut trend pelakon jadi penyanyi, tetapi hanya sahut cabaran yang diberikan kepada saya,” tuturnya.

Bercerita mengenai pengalamannya di studio rakaman membuatkan Fahrin sedar bahawa menjadi penyanyi bukan satu perkara yang mudah.

“Selepas saya melalui sendiri pengalaman merakam lagu, baru saya sedar bahawa nyanyian bukan mudah. Sekarang saya lebih menghargai penyanyi.

“Menyanyi perlukan latihan, tidak mustahil jika saya diberi masa yang lebih lama, mungkin saya boleh menyampaikan lagu ini dengan lebih baik.

“Bagaimanapun, saya menyedari diri ini boleh menyanyi tetapi bukanlah penyanyi yang baik. Jika lagu ini diterima peminat, saya sudah cukup bersyukur,” balasnya.



2 ulasan:

EDtv berkata...

Terima kasih pautkan blog EDtv dalam blog anda.. :)

TRAVELOG ATEH berkata...

bestnyer ker Abu Dhabi. Harap cerita nie menarik