Rabu, 6 Mac 2013

Penyanyi Popular 90an Bertengkar Dengan Suami Hingga Mati

Berita panas hari ini. Suami penyanyi popular 1990 ditemui mati.Siapakah penyanyi itu?Yang pasti mesti saya kenal kalau disebut namanya,sebab tahun 1990 waktu itu zaman saya muda remaja memang suka layan lagu-lagu mendayu-dayu ni.....
gambar hiasan
“Saya rindukan anak-anak.” Itulah kata-kata terakhir Mohd Khairul Azmi Jaafar, 39, kepada rakan baiknya sebelum dia ditemui mati disyaki selepas bergelut dengan isterinya yang juga seorang penyanyi popular lewat 1990-an di sebuah kondominium di Ampang Utama, di sini, kelmarin.

Mangsa sebelum itu mengajak rakan berkenaan ke rumah penyanyi terbabit untuk berjumpa anak perempuan mereka berusia setahun.

Difahamkan, sebaik tiba di rumah itu jam 5 petang, berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mangsa dan isterinya sebelum dia pengsan dalam sebuah bilik dengan keadaan kedua-dua tangan dan kaki terikat dan disahkan mati.

Isteri mangsa berusia 39 tahun dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya itu dengan bantuan dua anak saudara angkara tidak puas hati pertengkaran bermotifkan perebutan anak.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya yang menerima maklumat tentang kejadian, bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan terikat.

Menurutnya, mangsa cuba diberi bantuan kecemasan oleh anggota paramedik namun disahkan sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, polis merakamkan percakapan suspek dan kes dijangka dibawa ke pendakwaan pada masa terdekat

Difahamkan, pasangan berusia 39 tahun itu tidak tinggal bersama sejak setahun lalu dan dalam proses penceraian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Penyanyi 90an Nouri Disyaki Membunuh Suaminya Khairul Azmi Jaafar



3 ulasan:

Fiza Rahman berkata...

Siapa penyanyi ni?

kak tie berkata...

mak ai..ganas giler bini

Lynn Damya berkata...

Astagfirullah...tak baik buat suami mcm ni, smpai mati pulak tu, kasi jumpa jap xkan xboleh..wuwu..ape pun niat si isteri,melawan suami je dah dosa, apa lagi membunuh suami tetap berdosa tu..ish...hmm, fikir positif, mungkin TERbunuh kot....