Rabu, 8 Oktober 2014

Evening Clutch Bag Dari Songket

Selalunya kita ada lebih dari 1 beg. Salah satunya untuk dibawa keluar bersantai-santai. Kalau yang remaja saiznya selalu kecil, tapi kalau macam saya ni emak orang saiz beg selalunya besar, kalau boleh semua barang nak masukkan dalam beg. Lebih-lebih lagi kalau ada anak kecil, pampersnya, botol susu, baju spare dan lain-lain lagi.

Yang menjadi masalahnya bila ada majlis rasmi seperti majlis makan malam terutama jika yang bekerja. Selalunya setiap tahun syarikat akan mengadakan majlis makan malam. Malam tu lah masa untuk bergaya lebih sikit dari biasa. Mesti pening nak fikirkan gaya pada majlis itu.
Clutch bag sesuai untuk majlis istimewa seperti majli makan malam


Kali ini saya hasilkan clutch bag khas yang boleh di bawa ke majlis rasmi. Yang membuatkan clutch bag ini istimewa ianya dihasilkan dari material songket. Saya suka dengan hasilnya kerana clutch bag ini ringkas tapi menyerlah kerana tenunan songketnya yang cantik.

Sebenarnya ini adalah sample untuk sebuah butik yang inginkan kelainan untuk product mereka. Maka butik tersebut memilih material songket dan menggunakan gabungan colour block untuk lebih menampakkan kelainan dari clutch bag di pasaran.

Clutch bag menggunakan material songket nampak begitu eksklusif

Dinner clutch bag menggunakan material songket colour block
Jika ada sesiapa yang berminat untuk menempah terutama menggunakan material yang eksklusif seperti songket,sutera,velvet dan lain-lain saya tidak menyediakan materialnya, tapi anda boleh menempah menggunakan material anda sendiri. Hanya poskan material dan saya akan membuat mengikut warna dan material anda tersebut.

Boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney untuk melihat koleksi handmade saya ataupun jika ada sebarang pertanyaan boleh email ke sitinoorhz@gmail.com



Adakah anda peminat barangan Handmade? Sebenarnya banyak sumbangkan anda jika membeli barangan Handmade. Boleh baca di http://cthoney.blogspot.com/2014/10/kenapa-anda-perlu-beli-barangan-handmade.html

5 ulasan:

AMIIZAA berkata...

cantikkkkk:)

Lynn Damya berkata...

Salam, ya Allah serius cantikkkkk sgt! mcm ni baru style dan lebih komersial..target audience pun dah boleh sasarkn kpd org2 kenamaan dan artis, sbb ade value ni...guna songket pulak tu..strategi yg bagus..tahniah :D jual kpd pelancong asing pun boleh, diorg lagi suka barang2 seni camni dear :) all the best! boleh pegi laaagi jauh ni!

ct N honey berkata...

@Lynn Damya terima kasih kerana bagi support.

hemizah tukiman berkata...

cantek! berapa harga ni?

ct N honey berkata...

hemizah harga mengikut material.boleh email atau ke page saya utk bincang..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/