KELAS MENJAHIT

Sabtu, 4 Oktober 2014

Kenapa Anda Perlu Beli Barangan Handmade


Terima kasih kepada pengunjung blog ct N honey yang memberi sokongan terhadap produk handmade saya. Banyak yang menghantar email juga pertanyaan di page. Sokongan anda semua memberi semangat untuk saya menghasilkan lagi banyak design terbaru dimasa akan datang. Itu memberi tanda yang sebenarnya ramai diluar sana yang berminat dengan barangan handmade ini.

Sebenarnya ada banyak sebab mengapa seseorang itu membeli barangan handmade atau buatan tangan ini. Juga kepada pembuat barangan tangan, anda sepatutnya berbangga kerana dapat menghasilkan sesuatu yang istimewa kepada pelanggan.

Walaupun begitu masih ramai yang diluar sana berpendapat barangan handmade ini mahal harganya jika di bandingkan dengan harga barangan di pasaran. Masih ada yang mempertikaikan kebolehan pembuat barangan handmade ini. Tidak kurang juga yang pandai-pandai meletakkan harga sendiri dengan alasan setakat kain dan benang apalah sangat harganya tanpa mengira kos yang lain. Sebagai seorang pembuat barangan handmade saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit info yang saya kumpulkan dari pendapat 'crafter' juga dari pembeli. Mari kita berkongsi sebab-sebab itu dibawah...



1.EKONOMI.
Jika anda membeli barangan buatan tangan, anda sebenarnya membantu menyumbang kepada mewujudkan satu model ekonomi baru terutama kepada surirumah yang menjadikan hasil jualan barangan buatan tangan mereka pendapatan sampingan. Anda bukan sahaja menolong surirumah tersebut tetapi menolong seisi rumah. Dengan hasil jualan barangan buatan tangan,  mereka  boleh membayar duit tuisyen anak, membeli keperluan dapur, juga menambah sedikit sebanyak pembayaran hutang bank, rumah dan lain-lain. Sungguh besar jasa anda semua dapat memberi kegembiraan untuk satu keluarga. Walaupun barangan handmade yang anda beli itu hanya bernilai rm5 sahaja.

2.KEPUASAN.
Bagi pembuat barangan buatan tangan ini jika hasil tangan mereka telah berjaya dibeli akan ada satu perasaan kepuasan dan nikmat yang tidak terhingga. Terasa segala tenaga dan masa mereka berbaloi. Dengan ini ada telah memberi aura positif kepada pembuat dan juga orang sekeliling mereka juga.

3.KUALITI.
Sudah pasti jika anda membeli barangan buatan tangan, ia buatan tangan!.Tangan seseorang menyentuh produk itu, dan meletakkan masa, perhatian, dan suka ke dalamnya.  Ia lebih daripada sekadar produk, yang bermaksud kualiti, kreativiti, keunikandan banyak cinta dilahirkan ketika menghasilkannya.

4.ISTIMEWA.
Membeli barangan buatan tangan sebenarnya menggunakan bakat pembuat untuk mewujudkan hadiah atau hiasan yang anda sendiri tidak boleh membuatnya. Jadi hadiah itu pasti ada keistimewaannya kepada penerima nanti.

5.JIMAT.
Harga vs nilai. Jika anda membeli hadiah untuk rakan hasil terbaik buatan tangan, anda dapat menjimatkan wang. Tidak perlu membeli banyak kali hadiah kerana barangan tersebut mempunyai qualiti, dibuat dengan kasih sayang, ketelitian dan dihasilkan hanya satu unit dalam satu masa.

6.ALAM SEKITAR.
Cintai alam sekitar. Barangan buatan tangan juga menjadi penyumbang kepada isu alam sekitar. Banyak sekarang ini barangan buatan tangan menggunakan bahan kitar semula. Kadang-kadang anda hampir lupa barangan yang cantik itu adalah dari bahan terbuang.

7.TELITI
Seorang pembuat barangan buatan tangan adalah seorang yang sangat teliti. Jahitan senget, corak tak cukup manik dan segala macam kesilapan yang mereka nampak tetapi bagi orang biasa tidak perasan. Ini membuatkan barangan tersebut dapat dihasilkan sebaik yang mungkin.

8.HADIAH.
Apabila anda memberikan hadiah barangan buatan tangan ia lebih seperti menulis surat yang anda karang sendiri untuk seseorang. Hadiah tersebut menunjukkan yang anda benar-benar berkata "Saya mengambil berat tentang anda." "saya cintakan awak". Ia benar-benar hadiah dalam erti kata sebenar makna hadiah.

9.PERIBADI.
 Barang buatan tangan yang anda beli tidak dibuat secara besar-besaran dan bersifat peribadi. Malah adalah sangat peribadi bukan sahaja kepada pembeli, tetapi untuk pembuat.Ia memberi jaminan bahawa tiada siapa yang akan memberi hadiah yang sama seperti anda!

10.BAKAT
 Anda boleh berbangga mengetahui bahawa anda menyokong perniagaan kecil.Bila membeli buatan tangan bermakna anda menyokong orang-orang yang berbakat di luar sana yang cuba untuk bermula dengan perniagaan mereka. Anda akan berasa lebih keseronokan dengan setiap pembelian  apabila mengetahui anda telah membantu seseorang mendapatkan satu langkah lebih dekat dengan impian mereka.

11.PERHUBUNGAN
Apabila anda membeli barangan buatan tangan anda membuat hubungan secara langsung dengan pereka produk. Ada hubungan peribadi antara anda, produk, dan pencipta produk. Anda mungkin boleh menyesuaikan barang seperti warna,bentuk dan material. Anda membeli terus daripada pembuat. Ia adalah satu pengalaman membeli-belah yang lebih intim dan peribadi yang tidak boleh didapati daripada syarikat-syarikat korporat. Ada seseorang yang anda boleh e-mel dan berkata "Saya suka produk anda! dan ucapan Terima kasih!"

12.KASIH SAYANG
 Memberi hadiah buatan tangan anda mendapat sesuatu yang dibuat dengan kasih sayang dengan seseorang yang suka apa yang mereka lakukan. Mereka meletakkan imaginasi mereka, pertukangan terbaik, dan membuat hadiah/produk yang unik. Anda tidak perlu untuk mengatakan bahawa anda membelinya di Ikea.  

13.KREATIF
Membeli buatan tangan adalah menang-menang: Anda memperkayakan hidup anda dengan barang-barang buatan tangan yang indah, dan anda memberikan ruang kepada pembuat untuk teruskan impian kreatif mereka.

14.UNIK.
 Khas dan unik. Hanya ada satu.Anda boleh menempah secara terperinci dan ada personaliti dari segi corak, warna dan lain-lain. Akan sentiasa menjadi unik dan dibuat hanya untuk anda yang mana sukar untuk mesin untuk membuatnya.

15.EKSPERIMEN.
 Diluar jangkaan atau pelik. Kilang tidak akan melakukan perkara-perkara berisiko dengan mengeluarkan produk berjuta-juta unit jika ada risiko tidak dibeli. Tetapi itulah yang terbaik dan menyeronokkan dapat membuat sesuatu untuk diri sendiri. Bereksperimen dengan perkara-perkara baru dan berbeza! Bentuk ganjil dan kombinasi yang mungkin tidak komersial tetapi pasti menyeronokkan.

16.INSPIRASI
Ada tenaga positif dan semangat terbina dalam jiwa. Membuat perkerjaan itu dalam keadaan gembira walaupun ia adalah tugas anda. Ia berbeza di antara membeli sesuatu yang telah dibuat dengan teliti dan dalam suasana kasih mesra dan membeli satu daripada satu juta yang dibuat di kilang dengan mesin. Memupuk nilai kreativiti dalam diri, yang seterusnya akan memberi inspirasi kepada semua orang.

17. DAYA CIPTA.
Belajar menghargai benda-benda yang dibuat dengan kualiti, pengabdian masa, asal-usul dari mana ianya terhasil dan memahami cara pembuatannya. Ini membolehkan semua orang lebih memahami dan menyokong daya cipta dan keaslian. 

18.TIDAK BERMUSIM.
Kebanyakkan pengeluar membuat barangan mengikut musim. Untuk barangan buatan tangan tiada jangka masa diberi. Pembeli boleh menempah pada bila-bila masa sahaja.


Begitulah serba sedikit mengenai barangan buatan tangan. Jadi jika anda seorang pembeli dan masih was-was terutama kenapa barangan buatan tangan berharga mahal diharapkan sedikit sebanyak info di atas dapat menghapuskan keraguan anda itu. 'LIKE' sebagai tanda sokongan yang anda adalah peminat barangan 'HANDMADE'.

Jika ada seorang pembuat barangan buatan tangan teruskan usha anda untuk menghasilkan lagi banyak barangan yang kreatif,berqualiti dan bergembiralah semasa menghasilkan barangan tersebut. 'SHARE'  info ini supaya pelanggan anda lebih memahami apa itu barangan 'HANDMADE'.

Jika anda ada pendapat untuk ditambah boleh komen di bawah dan saya akan masukkan kedalam list diatas.

Sila ke https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney atau ke cthoney.blogspot.com untuk lebih info...



2 ulasan:

Wan Fatihanum Wan Rusli berkata...

saya pun suka sangat dengan barangan handmade.. nampak eksklusif dan tersendiri..

ct N honey berkata...

terima kasih @wan Fatihanum wan rusli kerana berminat dgn barangan handmade....saya sgt2 menghargainya

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/