Jumaat, 7 November 2014

Pattern Tote Bag Boleh Ditempah

Dalam masa 2 hari dapatlah 3 biji tote bag. 3 bag 3 cerita di dalamnya. Walaupun dah biasa buat beg, mesti ada saja yang tak kena bila proses menyiapkannya. Alhamdulillah walaupun macam-macam masalah dalam proses membuatnya, akhirnya siap dan jadi juga.




 2 beg saya sudah buat entry dalam blog.
http://cthoney.blogspot.com/2014/11/tote-bag-bereben-polka-dot-pink.html
http://cthoney.blogspot.com/2014/11/tote-bag-dihiasi-renda-dan-manik.html

Kali ni nak cerita tentang tote bag berwarna merah bercorak strawberry. Memang sesuai corak ni untuk anak perempuan, mesti nampak sweet bila disandang.

Sebenarnya pattern asal beg merah ini lain. Saya nak buat jenis jerut bahagian atas. Walaupun guna cotton stabilizer atau kain gam yang paling nipis kod 5520 masih tak cantik bila di jerut dan tebal. Beg ini ada 3 bahagian. Atas warna merah.Tengah corak strawberry dan bawah warna merah. Jalan senang nak selamatkan kain dari terbengkalai, potong bahagian atas. Buat tote bag basic pattern tambah flap. Settle.

Ukuran
Panjang 12"
Tinggi 11"
Lebar 3"
Menggunakan button magnetic
Ada 1 poket bahagian dalam
Jika berminat boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney atau pun email sitinoorhz@gmail.com ataupun boleh hubungi saya terus kehttp://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html

2 ulasan:

AMIIZAA@Mieja berkata...

salams jumaat,

kmieja dtg tgk handmade siti:)

Mummy MM berkata...

Cantiklah sis. Kira2 berapa harga untuk satu beg nie sis? Biasanyalah. Angel Love Soldier