Khamis, 6 Ogos 2015

Tempahan Dompet Wanita

 Hari ini saya nak berkongsi satu lagi hasil jahitan dengan pengunjung blog dan peminat barangan Handmade. Ini adalah sebahagian tempahan dompet wanita dan juga di panggil long wallet.


Tempahan kali ini dari seorang pelanggan dan juga peminat handmade saya (dia yang kata,he..he..).Terima kasih sangat-sangat kerana bersabar menunggu giliran list tempahannya. Dia memilih tema Eiffel Tower. Nasib baik ada stock dari supplier.

Dompet yang ini pula bertemakan vintage rose, corak yang sangat popular dikalangan pelanggan saya. Masih menanti stock dari supplier, harap-harap stock ada.

Dompet yellow mustard ini pula nampak sangat sweet. Harap pelanggan pun suka.

Ukuran
panjang 8"
tinggi 4"
6 slot kad
1 poket berzip
2 ruang untuk duit kertas

Jika berminat untuk menempah boleh ke page https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney atau pun email sitinoorhz@gmail.com ataupun boleh hubungi saya terus ke http://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html

P/S
Sila tinggalkan alamat email yang betul.Ataupun no telefon.
Lebih mudah bagi saya jika disertakan sekali link atau gambar beg yang hendak ditempah.Terima kasih

Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/