Ahad, 22 Februari 2015

Canvas Tote Bag Motif Owl


Woot..Woot.Siap canvas tote bag bermotifkan corak burung hantu. Pelanggan tempah 30pcs tapi yang ini baru siap14pcs. Dah tak sabar nak share dengan semua. Tentu ramai yang suka dengan barang yang bertemakan burung hantu kan.

Selasa, 3 Februari 2015

Produk Dari Batik Malaysia

 Inspirasi dari Songket Envelop Clutch tempahan yang lepas, ada customer yang ingin menempah pattern sama tapi mengunakan kain batik pula.

Sabtu, 31 Januari 2015

Wristlet Purse Handmade ct N honey

Minggu ni sibuk sangat,tapi tak tahu apa yang dibuat sampai sibuk. Nak kata menjahit 2-3 ketul je siapnya.Mungkin melayan pertanyaan pelanggan. Ada yang pm di page  https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney Ada yang email sitinoorhz@gmail.com .Ramai juga yang hantar pertanyaan di forms http://cthoney.blogspot.com/p/loading_19.html . Terima kasih kepada semua pelanggan baru dan lama yang menyokong saya selama ini.


Selasa, 27 Januari 2015

Elly Handbag 2015

 Kali ini nak share dengan peminat handmade ct N honey 2 biji Elly Handbag untuk tahun 2015. Part yang susah ialah nak pasang handle.

Isnin, 26 Januari 2015

Clutch / Shoulder Bag

 Hasil untuk minggu ini. Pattern asal adalah clutch, tapi customer minta tambah rantai. Senang dan  lagi pun nampak comel je bila dibawa. Ditambah dengan twist lock yang berbentuk rama-rama.

Isnin, 19 Januari 2015

Quilt Tote Bag Handmade ct N honey

Tote bag 4 beradik. Nampak warna warni beg ni bila diletakkan berderet. Lambat betul nak siapkannya. Sekarang ni saya dah dapat hobi baru. Tonton cerita korea....


Selasa, 13 Januari 2015

Cat Fabric Sling Bag

Meow.....Hari ni siapkan sling bag kain panel bercorak kucing comel. Digabungkan dengan kain linen polka dot.

Sabtu, 10 Januari 2015

Gadget Case & Multipurpose Purse

handphone case
Hari ni tak sempat nak taip panjang-panjang. Banyak lagi tempahan menanti. Untuk bulan ni kebanyakkan tempahan kena buat pola baru. Pelanggan minta saiz yang bukan ukuran sedia ada. Letih....

Isnin, 5 Januari 2015

Emily Bag Handmade ct N honey

Selamat pagi semua. Pagi yang indah.....

Hari ini edit gambar ikut mood. Suka tengok hasilnya  nampak nature, kira ok lah bagi yang tak pandai mengedit ni. Jika ada yang nak mencuba mengedit untuk info saya guna http://www.picmonkey.com/. Boleh cuba.
Emily Bag Handmade ct N honey

Ahad, 4 Januari 2015

Barrel Bag Handmade ct N honey

Kali ini mencuba satu lagi pattern baru -Blanche barrel bag dari Swoon Sewing Patterns. Nampak mudah aje pola nya..tapi bila dah potong kain dan nak mencantumnya......1 hari tak siap-siap lagi.