Rabu, 11 November 2015

Songket Collection

 Clutchpurse dari material songket lagi. Walaupun patternnya ringkas,tapi bila menggunakan songket akan nampak eksklusif hasilnya.

Ahad, 8 November 2015

Handmade Bag Laminated Canvas (Kalis Air)

 Minggu ini belajar sesuatu yang baru. Cuba menjahit menggunakan Laminated Canvas Waterproof. Ataupun ada yang panggil oilcloth fabric, coated canvas fabric yang penting material ini jenis kalis air. Apa kelebihan material ini?

Selasa, 3 November 2015

Tempahan Beg Bersulam nama

Kali ini tempahan dari guru untuk hadiah akhir tahun. Sedondon dan bersulam nama.



Bag Plain Belacu/canvas Untuk Dilukis Atau Printing

Minggu yang sangat sibuk. Tempahan tote bag plain sebanyak 300pcs..urgent sangat. Tapi Alhamdulillah semuanya berjaya disiapkan.
tote bag plain belacu/canvas tebal

Khamis, 15 Oktober 2015

Beg Canvas Balik Kampung

 Travel bag atau beg balik kampung. Tarik nafas lega dapat siapkan. Saya memang tak ambil banyak tempahan untuk pattern ini. Rumit dan letih menyiapkannya

Sabtu, 10 Oktober 2015

Handbag Material PVC Waterproof

 Hari ini hati sangat gembira sebab dapat hasilkan satu beg dari PVC waterproof. Kali pertama menggunakan material ini. Juga dalam study mengenali perbezaan setiap ketebalannya dan kesesuaian untuk dibuat beg jenis apa.

Jumaat, 9 Oktober 2015

Homemade Bag Canvas

Beg serba guna. Semua boleh di isi dalamnya.Dari barangan bayi, buku sekolah juga dijadikan beg telekung

Rabu, 7 Oktober 2015

Envelope Clutch Aksesori Ringkas

 Minggu ini buat yang simple-simple aje. Envelope clutch kali ini bersaiz kecil sikit dari yang biasa.
Kombinasi pakaian dan aksesori mampu mencipta penampilan yang ringkas. Clutch seringkali menghiasi penampilan wanita supaya tampak lebih eksklusif.

Long Wallet

Long wallet vintage. Kali ini buat photoshoot kat rumah kayu pula. Cantikkan. Jangan tertipu.

Sabtu, 3 Oktober 2015

Beg Dari Kain Denim dan Canvas

Minggu ini siapkan tempahan sling bag pula. Seperti biasa corak dan ukuran pelanggan yang sediakan. Boleh pilih corak dengan klik tajuk dibahagian atas blog,pilih sendiri mengikut jenis kain yang dikehendaki.