Laminated canvas adalah kain canvas yang dilapisi bahagian atasnya dengan lapisan plastik. Seperti yang kita tahu kain canvas adalah tebal dan tahan lasak. Jika sudah dilapisi dengan plastik sudah semestinya mutu material itu lebih baik.
Kelebihan laminated Canvas
1)Kalis air ( Tidak perlu risau jika terkena air atau hujan)
2)Perlindungan yang sangat baik terhadap pudar. (Jika kain warna akan pudar jika dibasuh selalu)
3)Tahan lama
4)Tahan lasak (Tidak mudah koyak)
5)Mudah untuk membersihkan dari kekotoran.
Jika berminat dengan Laminated Canvas ini terutama corak Cath Kidston boleh ke page untuk memilih dan membuat pesanan.Pesanan Laminated Canvas Waterproof
Untuk Handbag Laminated Canvas Handmade ct N honey ini 100% menggunakan material yang kalis air. Untuk bahagian dalam nya saya menggunakan pvc waterproof. Memandangkan ini adalah percubaan saya yang pertama jadi patternnya ringkas sahaja. Tidak ada zip bahagian atas cuma menggunakan buckle button magnetic.
Diharap selepas ini ada peluang untuk saya membuat open order menggunakan material Laminated Canvas. Buat masa ini tempahan sehingga akhir tahun sudah penuh. Ada juga permintaan dari butik yang sudah semestinya saya harus pastikan mutu produk lebih baik dapat dihasilkan. Ini semua memerlukan ketelitian dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.
Terima kasih kepada semua pelanggan yang menyokong handmade saya selama ini. Juga kepada pengemar barangan handmade yang tidak jemu bertandang ke blog saya. Sayang semua....
Kenapa Anda Perlu Beli Barangan Handmade
Tiada ulasan:
Catat Ulasan