Isnin, 21 Februari 2011

Jom jahit-Apron

Ambil gambar kat ampaian je,model tak de la,nak suruh anak,malu,cam 'girl' katanya.

Ini bahagian atas(bib)

Poket.Ada 2 heart di apron ini.kalau nak pattennya klik di bawah

Ini lah hasilnya apron yang telah Ct buat.Masa jalan-jalan cari kawan tersangkut pula kat blog TiniHani dan terbaca pula entry jom-jahit-apron.Apa salahnya cubakan.Boleh juga menambah koleksi apron.




 Semasa buat apron ni,teringat pula cerita masa dulu.Cerita apa?.....Meh Ct cerita,



Cerita ini berlaku 23 tahun yang lalu(rasa-rasanya la)malas nak buat kira-kira,terasa dah tua pula nanti.Masa tu Ct belajar di tingkatan 3,kelas SRT.Nak tahu apa SRT tu?.Mungkin ada yang tahu maknanyakan.Kepada yang tak tahu,maknanya Sains Rumah Tangga.Ct ambil aliran tu konon-konon nak jadi seorang perempuan yang sempurnalah kan,pandai masak,menjahit,menyulam.Pada tahun tersebut,Ct menduduki peperiksaan yang penting jugak iaitu SRP.Macam PMR sekarang la.Untuk praktikal mata pelajaran SRT Ct diminta membuat apron.Sebab tu lah terkenang kisah lalu,pattennya serupa cam ni.Masa dulu sebulan nak siapkannya,sekarang ni 1 hari dah siap(dah pro la tu)


Jadi dikesempatan ini,jika ada sesiapa yang bersekolah di Sek Men Pasoh 2,tahun 1988,contact lah Ct ye,boleh la buat perjumpaan semula.Sebelum mengakhiri entry hari ini,bacalah sejarah mengenai asal-usul apron dibawah ini.


Mengikut sejarah, perempuan memakai apron untuk melindungi pakaian mereka ketika melakukan kerja rumah, seperti memasak, mengemas rumah, dan mencuci. Tapi akhirnya mereka menjadi kreatif, dan membuat apron mereka sendiri dengan bermacam-macam fesyen. Namun, beberapa dekad kemudian apron tidak digunakan,lebih- lebih lagi munculnya mesin basuh. Kebanyakkan wanita di masa itu telah ramai yang bekerja,bahkan mereka yang tinggal di rumah tidak perlu lagi melindungi pakaian mereka seperti dulu.


Hari ini, apron adalah untuk fesyen sama ada untuk wanita atau lelaki. Ada banyak gaya apron bagi wanita untuk mengenakan. Salah satu perbezaan ialah apron bib dan apron pinggang.Apron bib meliputi kedua-dua bahagian atas dan bawah tubuh, menawarkan perlindungan yang lebih dari apron pinggang, yang hanya merangkumi bahagian bawah. Corak nya termasuk bunga, buah, garis-garis,bintik-bintik, dan lain-lain,sering juga dihiasi dengan ruffles,pita, renda, dan butiran feminin dan juga didatangi dengan pelbagai warna.Walaupun wanita sekarang tidak selalu memakai apron seperti dulu, sedikit hiasan ini dapat memberikan gaya feminin kita memakainya.


Di zaman sekarang ini lelaki lebih ramai menjadi tukang masak.Apron bagi lelaki pula tujuan utama hanyalah untuk melindungi diri mereka didapur.Apronnya lebih panjang dan tidak bercorak.Begitulah sedikit sebanyak mengenai sejarah apron melalui pembacaan yang Ct cari di Internet.
Kalau suka sangat apron ni,apa lagi tekanlah like

Untuk yang suka berkebun pula apron yang sesuai adalah yang diperbuat dari kanvas kerana lebih tahan lasak.



18 ulasan:

MamaDaniel berkata...

comel..comel... saya pun xde model apron la kak.. maybe kena kidnap anak sedara.. kalo dia nak la.. kalo x apron saya bakal dimodelkan oleh ampaian juge.. ngeee.. :D

Mila@Rimbun berkata...

wahhh cantiknya, siap ada patchwork love love lagi...

ct N honey berkata...

@MamaDanielCt anak sedara pun lelaki, cam ne?...

ct N honey berkata...

@Mila@Rimbuncepat hantar apron,dah siap lum?

SewLove berkata...

terbaek dari ladang la apron akak..siap ada history n promote reunion lagi tue..akaknye apron kan mcm style english housewife pakai la..klasik pattern slalu nurul tgk kat tv

ct N honey berkata...

@SewLoveterima kasih.

opsiedaisy berkata...

Hi saje blog hopping and came across your blog :)
Nice job....

lavender harum wangi berkata...

kreatif nya.. comel apron tu~ kat rumah kita xde mesin jahit~ =,=

ct N honey berkata...

@lavender harum wangi
ct punya mesin jahit pun dah boleh dipanggil antik...jgn tak ada.

Nur berkata...

Cantiknya apron ct jahit!

ct N honey berkata...

@Yati
jom lah jahit sekali,masih ada masa

CikSembang berkata...

hmm pandai menjahit .. husband sy puas suruh sy belajar menjahit tp sy malas.. teruk jugak sy ni.. tak minat kot.. tp tgk honey buat ni mcm teringin lak
thanks sudi dtg blog sy..jgn serik tau

ct N honey berkata...

@CikSembang
minat masing-masing tak sama,tapi cuba-cuba lah menjahit,manalah tahu minat terus pula.

MyBotanG berkata...

cantik nyer your apron.. love the sweet colour combo with the patch heart.. sweet!!!
Bestnyer ada kelas SRT.. my school dulu x offer pun.. time KH keje bertukang aje.. :( sekarang baru tertonggeng-2 nak belajar menjahit.. uwaaaaaaa

ct N honey berkata...

@MyBotanG
untunglah you sekarang ni dah ada 2 kemahiran,bertukang dengan menjahit.terima kasih singgah disini

puanbee berkata...

sukanya tengok bila bee nk ada mesin nih waaaaa..

ct N honey berkata...

@puanbee
dpt duit churp2 boleh lah beli

Syazwani Mohd Noh berkata...

comel & cantik lah apron ni... rasa cam nak try jahit je..hihihihi..