“Saya tak faham kenapa budak-budak sekarang semakin jahat. Nasib baik saya ‘shooting’ ketika itu dan bekas suami yang pergi ambil anak-anak saya. Jika saya yang pergi, memang dengan mak bapa mereka saya marah,” jelas Rozita dengan nada kesal.
“Anak saya telefon saya sambil menangis beritahu dia kena buli di asrama. Dia beritahu saya, dia kena tumbuk di telinga dan dada oleh pelajar Tingkatan 5 di situ. Difahamkan, puncanya gara-gara buku yang dipinjamkan.
“Mujur apabila buat pemeriksaan X-Ray, tidak ada apa-apa yang teruk berlaku. Sejak Tingkatan 1 dia masuk, ini kali pertama dia kena macam ni. Pening saya dengan perangai budak-budak sekolah sekarang,”ujarnya dengan sedikit keluhan.
“Kita sudah buat laporan polis. Apa yang saya tahu, budak tu sekarang kena gantung persekolahan selama dua bulan.”
Ekoran dari insiden yang berlaku ,Rozita Che Wan telah mengambil keputusan untuk memindahkan anaknya kesekolah yang lain.
“Saya agak terkilan sebab dari Tingkatan 1 lagi saya nak anak-anak saya masuk MRSM. Tapi bila dah dapat masuk, ini jadinya. Bukan setakat Ammar saja, adiknya Aniq Ezzra yang belajar di sekolah sama juga kami terpaksa pindahkan ke sekolah lain.
“Bekas suami cakap, takut jadi apa-apa pada mereka, baik pindahkan mereka saja. Kiranya sudah sebulan jugalah mereka dah tak belajar di MRSM. Sekarang ini, mereka belajar di sebuah sekolah di Subang,” ujar Rozita yang agak terkilan tetapi bersyukur anaknya ada di depan mata.
Pertama - Pelajar yang dikatakan "membuli" Ammar Effendi ini, jika diukur dari apa segi sekalipun tidaklah superior ataupun lebih gagah perkasa dari Ammar. Dari segi populariti pula pelajar ini (yang terpaksa dirahsiakan namanya di sini), langsung tidak dikenali dan hanya seorang pelajar biasa berprofil rendah. Dari segi fizikalpun, dia sedikit lebih kecil dan lebih rendah body-built dan heightnya.
“Anak saya telefon saya sambil menangis beritahu dia kena buli di asrama. Dia beritahu saya, dia kena tumbuk di telinga dan dada oleh pelajar Tingkatan 5 di situ. Difahamkan, puncanya gara-gara buku yang dipinjamkan.
“Mujur apabila buat pemeriksaan X-Ray, tidak ada apa-apa yang teruk berlaku. Sejak Tingkatan 1 dia masuk, ini kali pertama dia kena macam ni. Pening saya dengan perangai budak-budak sekolah sekarang,”ujarnya dengan sedikit keluhan.
“Kita sudah buat laporan polis. Apa yang saya tahu, budak tu sekarang kena gantung persekolahan selama dua bulan.”
Ekoran dari insiden yang berlaku ,Rozita Che Wan telah mengambil keputusan untuk memindahkan anaknya kesekolah yang lain.
“Saya agak terkilan sebab dari Tingkatan 1 lagi saya nak anak-anak saya masuk MRSM. Tapi bila dah dapat masuk, ini jadinya. Bukan setakat Ammar saja, adiknya Aniq Ezzra yang belajar di sekolah sama juga kami terpaksa pindahkan ke sekolah lain.
“Bekas suami cakap, takut jadi apa-apa pada mereka, baik pindahkan mereka saja. Kiranya sudah sebulan jugalah mereka dah tak belajar di MRSM. Sekarang ini, mereka belajar di sebuah sekolah di Subang,” ujar Rozita yang agak terkilan tetapi bersyukur anaknya ada di depan mata.
FAKTA TERPESONG
Kedua - pelajar ini bukanlah pelajar Tingkatan 5 sebagaimana yang didakwa. Pelajar tersebut merupakan pelajar Tingkatan 3 yang sebaya dengan Ammar Effendi. Ianya merupakan pergaduhan biasa antara rakan sebaya yang tidak berjaya mengawal emosi.
Ketiga: - Apa yang berlaku ialah Ammar Effendi telah membuat provokasi lisan kepada pelajar yang memukulnya itu di Bangunan Akademik di hadapan pelajar-pelajar lain. Provokasi biasa sebenarnya, di mana dia telah mengejek pelajar tersebut dengan ayat seperti "Ha.. nak nangis lah tu... nak nangis lah tu..." Mungkin kerana ejekan itu dilakukan di hadapan pelajar-pelajar perempuan yang join mentertawakannya, pelajar tersebut berasa tercabar dan mengajak Ammar ke biliknya untuk settle kan hal itu.
Keempat: Pelajar yang memukul Ammar telah dihadapkan ke Jemaah Disiplin mengikut prosedur biasa kesalahan disiplin di MRSM. Dia telah mengaku melakukan perbuatan tersebut dan dihukum gantung persekolahan selama dua minggu, dan bukannya dua bulan.
Kelima: - Rozita mendakwa mereka juga telah mengeluarkan seorang lagi anak mereka dari MRSM yang sama. Samada Rozita tidak tahu di mana anaknya bersekolah atau memang dia sengaja nak mensensasikan cerita, wallahuallam. Tapi anaknya yang bernama Aniq Ezzra itu tidak bersekolah di MRSM Kuantan.
Apa yang berlaku pada Ammar memang dikesali dan tidak direstui sesiapapun. Tidak perlulah ibubapa Ammar melenting-lenting seolah-olah seluruh warga MRSM Kuantan terlibat dalam konspirasi mencedera-parahkan anak mereka. Walhal, tiada sebarang kecederaan, atau apa-apa kesan lebam pun yang kelihatan.
Pelajar yang memukul Ammar telah berjumpa guru homeroomnya. Wajahnya pucat dan suaranya terketar-ketar menceritakan kejadian. Ibu pelajar tersebut juga telah menelefon guru homeroom anaknya juga bercakap dengan nada cukup takut dan cemas memikirkan tindakan yang bakal dikenakan.
Mungkin keputusan mengeluarkan Ammar Effendi dari sistem MRSM oleh ibubapanya merupakan tindakan terbaik. Lebih elok kalau dapat masukkan ke sekolah elit swasta di mana-mana. MRSM diwujudkan untuk membantu anak-anak bumiputera dari golongan berpendapatan rendah luar bandar dan orang-orang biasa yang boleh menerima adat hidup sebagaimana orang-orang biasa....

29 ulasan:
hahahaha nk bg femes anak ke kak zita oi~~ haha lawak2.. ade2 je la artis skrg.. kekwat je lbih!
jemput singgah ANASAURUS :)
mcm2 citer.. ntah2 anak dia tuh lebih2 sebab tuh kena pukul
ada bapuk dekat area apartment aku ni muka sbijik cam rozita che wan.. hahahaha
kena sikit nak wat sidang akhbar,,,report polis, saja nak wat publisiti lelong la tu....merosakkan nama mrsm jer.sedangkan sebelum ni mrsm cukup gah melahirkan generasi bijak pandai.naseb baik nak mommy kat mrsm kubang pasu..tak anak2 elit gedik ni....tenang dan damai nak belajar.
budak2 skrg w.pn bijak ttp kalu xde moral mmg camtu la...kes buli brlaku kt mana2....
aduh2...2minggu blh dikatakn 2bulan..hehe..klako la plak kan..
Jom Lawat: Blog Bardboo DAN Sweet Child
Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang
mcm2 la kan budak2 skg ni kan....
Adoi, nak tergelak pon ada! Haa haa :D
Ada2 je ye and mmg tak di nafikan budak2 skrg makin 'pandai' dlm mcm2 hal including penipu! Yg pelik nya dgn mak nya sekali leh 'pusinggg'...hee hee :D
Latest n3: Arissa Di Cium Kucing Biru!
mentang anak selebriti, dia rasa dia bagus sgt.. x payah la masuk MRSM, buat nuruk nama MRSM jer...
p/s : x-mrsm yg bengang dgn artis yg suka putar belit cerita... :p
n3 terbaru kakyong.com
Yang best tentang Tweetdeck
Kenali sahabat ibu : m@m@ t0meLL
Aksi Fikri dan kawan-kawan Taski ABIM tarik tali
haiyyooo...nampak salah anak org lain je manjang..salah anak sendiri tak dibelek dulu..
Propa je lebih. Dulu pun kata nak bersara, tak bersara pun. Hik hik!
@Farhana Jafri
kalau berita baik tu tak pe lah diheboh2kan,ini cite bergaduh lak nak kecoh
@Mila@Rimbun
kdang2 bdk ni mmg cam tu..selagi tak luka berdarah..tak perlulah kecoh2,
@crayon
tegurlah dia,mesti dia suka..he..he..
@mommylavender
ye lah,yg rugi dia,bukan senang nak dpt msuk mrsm. anak ct kat mrsm baling,rasanya tak de anak artis..
@NzA
bukan disek aje,kat tempat kerja pun ada,cuma kita kena pandai handle la
@BabyIntan
2 x 5 aje la tu..emak dgn anak
@Yati
dia takut orang lupakan dia kot,sbb tu buat cerita sensasi sikit
kes propa ar nie?
adeh.. tu ka cerita sebenarnya..
ceh~
mcm2 sekarang ni melibatkn pelajar n mangsa buli. have to be more strict tak kira parents, teachers or students tu sendiri.
biasa laa tu.. kat mana2 pun ada kes buli membuli niii.. nak2 kalau yg duk asrama... memang patut pun rozita ni marah.. tapi jangan laa.. main sembur jer.. kena siasat dulu.. siapa yang salah..
hmm macam2...kebenarannya hanya ALLAH saja yg tau
saya seriusly xtau bila ada tingkatan 1 kat mrsm kuantan ni, dulu masa saya belajar kat situ ada form 4 & 5 jer..hehe.
mesti dowang xtau anak rozita tu..kalau x bebudak tu bukan buli tapi amik pluang ngorat mak dia..hahaha
to bionic woman:
semua tahu ammar anak rozita. perngai dia yang belagak kaya buat orang menyampah.
bagi peluang untuk anak2 yang cerdik tapi kurang kemampuan utk teruskan perjuangan mencari ilmu.
kalau nak keluarkan pun..silalahh
siapa ada link video kes buli pelajar perempuan-masuk tv
@kmonsoksaya ada buat entry terbaru pasal video tuvideo terkini pelajar Perempuan kena buli
alah.. biasa lah tu.. mak da femes.. anak pun nak gak femesnyer~ tapi masalahnye betul ke info ni?
Catat Ulasan