Ahad, 22 Mei 2011

Gambar dan maklumat terkini tragedi tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa



Maklumat terkini melalui Berita Terkini pukul 11.15 malam tadi jumlah sebenar mangsa adalah seramai 25 orang. 18 daripadanya sudah dijumpai dengan 9 selamat, manakala 9 lagi meninggal dunia dan 7 lagi tertimbus dibawah runtuhan. Operasi ini giat digerakan dengan bantuan anjing pengesan dari unit  jabatan bomba dan penyelamat. Operasi mencari dan penyelamat akan diteruskan 24 jam sehingga baki 7 lagi anak-anak yatim Madrasah Al-Taqwa yang tertimbus ditemui. Pada kejadian pukul 2.15 petang tadi anak-anak yatim tersebut sedang menjalani latihan nasyid dan secara tiba-tiba menerima musibah  tanah runtuh. Di fahami TPM Tan Sri Muyiddin Yassin  turut berada di lokasi untuk meninjau di tempat kejadian dan melawat mangsa anak-anak yatim yang terselamat yang telah ditempatkan di pusat rawatan sementara berhampiran di lokasi tanah runtuh ini.







Tiada ulasan: