Isnin, 13 Jun 2011

Bahasa kiasan yang patut suami isteri tahu


Sejauh mana anda memahami pasangan? Selain tanda dan isyarat tanpa kata, ada beberapa perkara yang biasa diluahkan dengan kata-kata untuk menyatakan perasaan. Sama ada suka atau marah, ada ayat-ayat tertentu untuk pasangan menyatakan tanpa terus pada maksudnya.

Contoh-contoh isyarat bahasa di bawah mungkin selalu anda dengar terutama para suami, apabila isteri anda ingin menyatakan sesuatu. Ini juga sebagai panduan bakal-bakal suami yang akan menempuh alam rumahtangga yang penuh pahit dan manis. Dengan harapan janganlah buat  tak tahu aje kalau isteri anda berkata seperti itu nanti......



Kalau dia berkata "Maklumlah kita ni siapa, hanya orang dapur.." Maknanya isteri ada rasa cemburu, mesti dia ada mendengar gossip yang bukan-bukan dari luar. Cepat-cepatlah memberi penjelasan panjang lebar tanpa berselindung sedikitpun. Takut-takut nanti berpanjangan pula rajuk isteri anda. Ye lah di tempat kerja tu and dikelilingi bermacam-macam Cutest Thing 

Kalau pada pertengahan bulan isteri anda berkata "Awak tak cukup duit ke bulan ni?" Kalau itu bunyinya, isteri  ada menerima surat-surat dari bank yang memberitahu anda belum menjelaskan bayaran ansuran bulanan.

Ketika duduk berdua di luar rumah terkeluar pula ayatnya "Dah lama kita tak makan anginkan?" Itu adalah isyarat keprihatinan isteri terhadap anda. Dia ingin memberitahu bahawa anda terlalu asyik bekerja sehingga lupa mengambil cuti tahun ataupun isteri anda sedang merancang-rancang ingin pergi makan angin. Cepat-cepat lah mengira cukup tak duit belanjanya.

Semasa sedang bercuti dan hanya duduk di rumah sahaja, jika anda dengar bahasa isyarat "Dah puas tidurkah? Saya nampak awak pun dah gemuk semacam aje..."  Itu ertinya ada kerja-kerja rumah yang isteri anda minta atau harapkan anda membuatnya. Jangan ditangguh-tangguhkan lagi. Kalau anda malas nak buat, mungkin program menguruskan badan sesuai untuk anda di sini dan 2 unit iPad disediakan untuk pemenang setiap minggu sepanjang bulan Jun ini.

Ini pula bahasa isyarat ketika keluar mahu membeli barang-barang dapur "Awak tahu tak, harga barang naik lagi...duit kita dah semakin kecil!" maksudnya dia minta tambahan duit pasar bulanan.

Jika satu hari di tempat kerja anda mendapat panggilan dari isteri dan ayatnya berbunyi "Hari ini awak makan kat mana?" itu ertinya dia minta anda makan di rumah. Mesti ada masakan istimewa yang disiapkan. Jangan pula hampakan harapannya.

Ini bahasa isyarat yang bakal anda dengar tidak lama lagi. "Awak tahu tak, langsir kita ni dah pudar warna, atau ada tawaran jualan barang elektrik dalam surat khabar tadi, Rasa-rasanya mesti anda tahu maksudnyakan.....atau mungkin juga ayatnya berbunyi "kereta saya tu dah selalu buat hal". Kalau macam itu  para suami kenalah cepat-cepat dapatkan 'Dapatkan VIP Test Drive Session'. Tentu isteri anda senyum sampai ke telinga.

Dan tidak adil pula rasanya jika suami sahaja kena faham bahasa isyarat dari isteri. Suami juga ada beberapa bahasa isyarat. Ini bahasa isyarat yang biasa dan Ct percaya semua suami memang suka mengunakannya.


"Malam ini malam apa?" Selalunya ayat intro seperti ini akan disertai dengan batuk-batuk kecil, dan tidak semestinya ditanya hanya pada malam Jumaat. Malam-malam lain yang sesuai pun boleh ditanyakan suami dengan cara yang berbeza, seperti Ehhh lupa pulak, malam ini malam Jumaat ke?"

Tolong jawab para suami diluar sana. Adakah isteri anda memberi jawapan positif terhadap soalan berisyarat anda itu! ataupun buat tak tahu aje sambil main Game Shockville.......Kalau jawapan Ct pula....tengok mood,  atau pun berdiam lagi elok..he..he..he...

9 ulasan:

mummysyafie berkata...

eventho dah 9 thn kawen and rasa dah kenal betul²..tapi masih still cuba tuk mengenali hati dari hari demi hari..

salam kenal..:)

Unknown berkata...

ngahahaha , kalau laki tanya isteri "boleh tuju lagu?" agak2 nak jawab ape? Apeee pun x boleh? haha

ct N honey berkata...

@mummysyafie hari-hari yg dilalui bersama akan mematangkan hubungan suami isteri,hrp2 kita akan dpt menghadapinya dengan tabah dah sabar

ct N honey berkata...

@Mohd Shukri Fadzillah ha..ha..ha..kelakar lah..itu jambu punya bahasa isyarat...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

baguih2 bg info mcm ni...kurang2 ada yg tak tahu...pasti terus boleh tahu kan...

ct N honey berkata...

@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ kalau dah tahu kena praktikkan...semoga alam rumahtangga sejahtera hendaknya

Farah Shamsudin berkata...

good info dearr..

Ummi Hanie berkata...

sy ni jenis cpandai kias2 sgt...
hasben pun jenis lebih kurang tp dia pandai sikit dr sy ;)

ct N honey berkata...

@Ummi Hanie takut nanti berkias-kias sgt langsung tak faham.he..he.