Khamis, 30 Jun 2011

Murung suatu penyakit bukan kelemahan.


Hari Sabtu lepas Ct sekeluarga balik kampung. Dah hampir sebulan arwah emak meninggal. Keadaan rumah masih seperti biasa, tiada apa yang berubah, cuma kesunyian itu memang terasa. Sebenarnya semasa Ct balik kampung tu, ayah baru 3 hari keluar hospital. Tekanan darah ayah tinggi dan degupan jantung laju dari biasa. Doktor kata ayah juga mengalami kemurungan. Mungkin ayah masih terasa kehilangan emak, lebih-lebih lagi ayah cuma tinggal seorang sahaja di kampung.



Jalan penyelesaiannya adik perempuan bongsu Ct sanggup tinggal dikampung buat sementara mungkin sehingga bulan puasa. Ye lah tak sanggup nak bayangkan keadaan ayah berpuasa, bersahur dan berbuka seorang diri saja nanti.

Murung suatu penyakit bukan kelemahan.
Tidak ada orang yang tidak pernah berasa sedih, tapi biasanya perasaan itu tidak lama. Bagi seorang individu yang mengalami kemurungan kesedihan itu dirasai berpanjangan tanpa ada jalan keluar. Mereka langsung tidak dapat mengeluarkan diri mereka daripada perasaan sedih itu.

Dikatakan seorang daripada setiap tujuh pesakit yang mengidap kemurungan akan membunuh diri. Salah satu sebab kenapa kemurungan ini sukar didiagnos ialah kerana setiap pesakit mempunyai simptomnya tersendiri. Ada masa mereka okey, ada masa mereka benar-benar murung.


Simptom kemurungan
1. Sentiasa diselubungi rasa sedih.
2. Tidak lagi seronok melakukan aktiviti yang pernah digemarinya.
3. Mengasingkan diri daripada keluarga dan kawan-kawan.
4. Tidak mampu memberi tumpuan kepada sesuatu aktiviti seperti membaca,belajar.
5. Lekas marah, mudah terlibat dalam pergaduhan.
6. Prestasi merosot.
7. Makan terlalu sedikit atau terlalu banyak.
8. Tidur terlalu sedikit atau terlampau banyak.
9. Berasa tidak berupaya langsung.

Rawatan bagi pesakit murung selalunya akan diberi ubat penenang dan digabungkan bersama rawatan psikoterapi. Lagi tentang artikel kemurungan.
Murung penyakit kronik
Kemurungan perlu dirawat

13 ulasan:

puanbee berkata...

ct org melayu kita ni tk berapa beratkan penyakit murung kan ..selalu nya tk sedar pun adik beradik sakit murung ni

ct moh le

untuk KSRS :
http://honeyvsbee.blogspot.com/2011/06/ksrs-2-kenangan-dulu-dulu.html

Suzie berkata...

ct...lelaki selalunya tak tabah bila hadapi masa beginikan...moga ayah ct sihat selalu...

Suzie berkata...

ct...lelaki selalunya tak tabah bila hadapi masa beginikan...moga ayah ct sihat selalu...

Jendela Hati berkata...

kemurungan bahaya jugak kalu dibiarkan. kena jugak cari jalan keluar...

unk ayah ct, selalulah lawat ayah bila berkesempatan...

Unknown berkata...

bayangkan kehilangan org tersayang..trauma maha hebat.apa tah lg berkongsi hidup sekian lamanya...apa kata berubat di perawat islam2 .. tak boleh biarkan dia seorg2. insyaallah adalah jln penyelesaiannya

Ummi Hanie berkata...

siannye ayah ct ... iyelah kite pun xmustahil jd mcm tu klu kehilangan psgn idup..moga2 ayah ct terus tabah...bagus adik ct sanggup temankn ayah ;)

ct N honey berkata...

@puanbee
mmg pun,mcm ayah ct, dia mmg tak byk cakap sebab pendiam, bila dia alami kemurungan kita tak tahu...

ct N honey berkata...

@Suzie
separuh dari kehidupannya bersama emak,bila dah kehilangan mmg terasa sangat

ct N honey berkata...

@diana
kebanyakkannya begitulah

ct N honey berkata...

@Jendela Hati
nak tahu baru2 ni..kita pujuk ayah pasang internet kat kg,biar senang kita semua chat dgn ayah...mula2 mmg kelakar rasanya bila ayah pun dah ada FB

ct N honey berkata...

@♥♥syahadah♥♥
sekarang ni kita adik-beradik sedang pantau kesihatan ayah,hrp2 ayah boleh terima kenyataan ini biarpun perlahan2

ct N honey berkata...

@Ummi Hanie
cuma adik ct aje yang anaknya belum sekolah, yg lain semua anak dah bersekolah, nanti susah pula nak buat byk urusan pertukaran sekolah pula, lagi pun kita tgk dulu keadaan ayah mcm mana sekarang ni....

Unknown berkata...

kalau mengalami pykit murung ni pergi amek rawatan kat mana