Persediaan bagi memasuki dunia keibubapaan bukanlah setakat membaca buku dan menghiaskan bilik tidur anak. Di sini ada di berikan caranya bagaimana ibu bapa yang sedang menantikan kelahiran anak boleh menyediakan diri mereka sebelum menempuh pengalaman sebenar. Baca dan fahamkan. Tidak semua cara itu mengambarkan situasi sebenar tapi berkemungkinan ada sedikit sebanyak hampir berlaku kepada bakal ibu bapa nanti.
Untuk wanita. Pakai baju yang longgar dan sendalkan bantal dibahagian hadapan. Biarkan selama 9 bulan. Selepas 9 bulan, keluarkan 10% daripada isi bantal itu. 90% lagi itulah berat anda selepas bersalin nanti.
Untuk lelaki. Ambil suratkhabar bacalah buat kali terakhir. Keadaan ini akan berlaku apabila anda sudah mempunyai anak nanti.
Bagi mengetahui bagaimana sebenarnya malam-malam selepas kelahiran anak, berjalanlah diruang tamu dari jam 5 petang hingga 10 malam dengan membawa barang yang beratnya lebih kurang 4 kg-5kg. Pada jam 10 malam letakkan beg, kunci jam loceng agar berbunyi jam 12 malam, dan pergi tidur. Bangun pada jam 12 malam dan berjalan di ruang tamu sekali lagi dengan beg tadi, sehingga jam 1 pagi. Kunci jam loceng untuk jam 3 pagi. Bangun pada jam 3 pagi apabila jam loceng berbunyi. Menyanyilah dalam gelap sehingga 4 pagi. Kunci jam untuk pukul 5 pagi. Bangun. Bersarapan pagi. Lakukan begini selama 5 tahun. Pastikan anda tampak ceria selalu.
Bolehkah anda menghadapi keadaan bersepah yang dilakukan oleh anak-anak? Untuk mengetahui jawapannya, calitkan mentega kacang ke kerusi panjang dan sedikit jem ke langsir. Sorokan jejari ikan di belakang radio/ TV dan tinggalkan di situ selama 3 bulan. Benamkan jari anda ke dalam pasu bunga kemudian sapukannya ke dinding yang bersih. Tutup kesannya dengan krayon. Bagaimana hasilnya?
Memakai pakaian anak bukanlah semudah yang disangkakan. Pertama, beli seekor sotong kurita dan beg kecil. Cuba masukkan sotong ke dalam beg kecil itu tanpa mana-mana tangan sotong terkeluar. Masa yang diberikan untuk melakukannya di waktu pagi dan petang.
Bersiap sedia untuk membawa anak bersiar-siar di luar. Keluar ke pintu hadapan. Masuk semula. Buat sebanyak 3 kali. Jalan keluar meninggalkan rumah. Balik semula ke rumah. jalan keluar semula. Jalan dengan amat perlahan selama 5 minit. Berhenti untuk meneliti setiap puntung rokok, tisu kotor dan serangga mati di sepanjang jalan. Menjerit kerana anda sudah tidak tahan lagi sehingga jiran keluar dan merenung ke arah anda. Anda kini hampir bersedia untuk membawa seorang anak kecil berjalan.
Sentiasa ulangi segala apa yang anda katakan sekurang-kurangnya lima kali.
Keluarkan isi sebiji tembikai. Buat satu lubang kecil di tepinya. Gantungkan ke siling dan buaikannya. Sekarang ambil semangkuk bijirin yang sudah kembang dan cuba sudukannya ke dalam tembikai yang sedang berhayun sambil berpura-pura menjadi kapalterbang. Lakukan sebegini sehingga separuh daripada bijirin habis. Tumpahkan bakinya ke atas paha anda, dan pastikan sebahagian besarnya jatuh ke atas lantai. Anda kini sudah bersedia untuk memberi makan kepada bayi yang berumur 12 bulan.
Pelajari nama setiap watak dalam Postman Pat, Teenage Mutant Ninja Turtles atau pun Ben 10. Apabila anda mendapati diri anda menyanyikan semua lagu rancangan itu di pejabat atau dimana sahaja, anda akhirnya layak menjadi ibu atau bapa.
Adakah Internet anda perlahan? Gunakan Opera Mini untuk 6x kepantasan dan ianya PERCUMA
Amacam? Mampukah bakal ibu bapa melakukannya. Bukan untuk menakut-nakutkan tapi sebagai panduan sahaja kerana menjaga dan mendidik anak bukanlah semudah yang di sangka.
Anak-anak adalah amanah daripada Allah yang perlu kita jaga, yang perlu kita didik, yang perlu kita belai dan pupuk menjadi insan yang berkualiti di dunia dan di akhirat juga.
Sesungguhnya, anak adalah anugerah Ilahi yang paling besar di dalam hidup sepasang suami isteri. Namun, kesediaan memiliki cahayamata dan kemampuan menjadikan anak-anak insan berguna perlu diambil kira. Lantaran, penuhkan dada dengan ilmu keibubapaan kerana satu hari nanti, anak kita akan menjadi kebanggaan semua.
12 ulasan:
info yg baik lg jelas...
terbaik.tapi ada ke org nak buat tu?
sotong kurita tu tak tahan tu. Takde la sampai camtu kot. Hehhe.. Lagi-lagi yang tembikai sumbat cereal, nak bagi makan bayi 12 bulan. Hehhe..
@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
sesuai utk mereka yg baru kawin...bukan mudah nak ada bby
@dilazfamily
sepatutnya mereka buat,sbb tak de lah pening nanti kalau anak2 buat perangai....tapi betul x,itulah yg kita alamikan?
@Yati
kalau nak bagi ujian,kena bagi yg susah sikit,sbb bila masa menghadapinya nanti x susah
betul semua ni kak.. bila dh ade ank ramai2 baru faham susahnya jd ibu bapa kena byk besabar kan ..
@puanbee
sebb tu lah mereka yg belum jadi ibubapa kena buat ujian ni
saya suka entry ini....semua yang ditulis betul dan menarik..kesabaran tu yang penting
bukan mudahkan nak jadi ibu bapa..jadi hargai mereka
@merahitujambu
harap kita dan anak kita tidak lupa pengorbanan ibubapa
jasa mak ayah sangat besar..nyamuk gigit si kecil pun cepat2 ditamparnya...betapa tinggi kasih sayang ibu bapa kepada kita..moga Allah merahmati mereka =)
Catat Ulasan