Khamis, 2 Jun 2011

Tiada lagi ku dengar kidungmu


Bismilahirrahmanirrahim....

Sebenarnya buat kali pertama, dengan berat hati , Ct menaip untuk membuat entry. Tapi Ct rasa dengan cara ini sahaja dapat Ct luahkan rasa kesedihan yang melampau ini. Semenjak menerima berita pemergian emak hari Ahad lepas, memang Ct kurang menunjukkan kesedihan dihadapan Hubby, anak-anak dan adik beradik yang lain. Ct pun tak sangka yang Ct boleh setabah itu.



Emak sudah lama sakit sejak setahun yang lalu. Pada tahun lalu emak pernah masuk ICU di Hospital Kuala Pilah. Tapi alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan kepada kami sekeluarga meneruskan kehidupan dengan emak disisi.

                                             

Pada pertengahan bulan Mei tempoh hari emak sekali lagi masuk hospital selama seminggu (Hospital Jempol). Bila emak dibenarkan keluar hospital, Ct ingatkan emak dah sihat, walaupun emak tidak sekuat dulu. Dua tiga hari selepas itu, badan emak mula lemah. Memandangkan emak cuma tinggal berdua sahaja dengan ayah, ayah hantar emak kerumah kakak sulong Ct untuk menjaga emak. Ayah ada beritahu Ct (Isnin, 23hb) yang keadaan emak yang lemah kalau boleh baliklah tengok emak. Sekali lagi Ct berasa serba-salah. Bukan niat untuk menjadi anak derhaka tapi tanggungjawab Ct kepada keluarga sendiri pun sama penting juga. Tiga hari selepas itu (Khamis, 26hb) Ayah beritahu lagi yang emak tidak mahu bercakap dan makan. Dalam hati Ct masih berkata-kata yang emak tidak apa-apa, mungkin emak cuma tak selera makan sebab badan tak sihat aje. Pada (Jumaat,27hb) Ct sekeluarga dengan adik perempuan Ct balik kampung dengan niat hendak menjaga emak pula, memandangkan cuti sekolah sudah bermula. Bolehlah tinggal lama sikit di kampung. Malam tu Ayah buat bacaan Yassin dan Ct tak sangka yang keadaan emak begitu teruk sekali. Emak sudah tak boleh buka mata,tak boleh bercakap dan kami semua rasa emak cuma mampu mendengar sahaja.

Esoknya (Sabtu, 28hb) Ayah dan Abang Ngah ambil keputusan untuk membawa emak ke hospital. Aku sedih bila tengok emak menitiskan air mata bila dengar hendak di bawa ke hospital. Di hospital, menurut doktor semua organ dalam badan emak tidak boleh berfungsi lagi dan harapan untuk sembuh tidak ada. Malam itu emak kena serangan kancing gigi. Esoknya pula darah tak berhenti-henti keluar dari mulut emak. Dengan keadaan emak macam itu dan ditambah lagi dengan kata-kata doktor yang tidak memberi harapan lagi kepada kami, Ayah minta emak dibawa pulang sahaja ke rumah. Sampai sahaja di rumah, tidak sampai setengah jam, emak pun menghembuskan nafasnya yang terakhir lebih kurang pada pukul 6.00 petang pada Ahad 29hb...Innalillahiwainnailaihirojiun.

Tiada lagi tempat untukku merujuk bila diri ini menghadapi masalah mengenai keluarga dan anak-anak. Kepada siapa pula untukku bertanya resepi bila kuih dan masakan yang di buat tidak menjadi.Tidak dapat lagi walaupun sekali merasa hasil air tanganmu yang enak di pagi syawal setiap tahun selepas ini.....Semua itu ku rasa selepas dirimu tiada lagi di dunia ini. Baru sekarang aku memahami perasaan dan kesedihan bila kehilangan emak yang tercinta.....

Al-Fatihah
                      
Jika masih punyai ayah, tunjukkanlah rasa sayang anda sempena Hari Bapa yang bakal tiba (Klik sini)

16 ulasan:

amanina nasuha berkata...

sabar...dan sama2 sedekah kn alfatihah k...

Jendela Hati berkata...

Takziah buat ct sekeluarga... muga ct tabah menghadapi dugaan besar ini... alfatihah..

Primrose Touch berkata...

salam takziah ct.kak rina pun br kehilangan ayah pada 1/5/11 lepas..pastinya hari raya tahun ni tak semeriah dulu...

puanbee berkata...

sabar aje lah ct , moga arwah tenang disana sama2 lah doakan ..sedih ..bee tk de ayah !

ct N honey berkata...

@Amanina Nasuha terima kasih

ct N honey berkata...

@Jendela Hati terima kasih.hidup mesti diteruskan...hrp ct tabah menempuhnya

ct N honey berkata...

@rina
tak sanggup rasanya nak menghadapi raya tahun ini tanpa emak...

ct N honey berkata...

@puanbee sekarang ni kita anak yatim lah pbee kan...

SewLove berkata...

ya allah, kuatkan semangat kak... salam takziah kat akak sekeluarga semua

Kak Aya berkata...

Alfatihah untuk arwah mak CT, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.

Amiin.

SCLover berkata...

takziah utk Ct...semoga ct tabah...

Sury Suryani berkata...

Al Fatihah....smoga Allahyarhama d tempatkan dikalangan para solihin..Amin...dan bwat CT smoga tabah menghadapi ujian daripada Allah swt......sedekakahlah byk2 doa hanya itu yg mampu kita hadiahkan utknya...

a.n.i.Q.u.e berkata...

Semoga Ct sabar dan tabah .. Semoga juga roh ibu Ct di tempatkan di tempat yang mulia di sisiNYA

Diah Rothman berkata...

Innalillahiwainnailaihirojiun..... AlFatihah untuk arwah dan takziah untuk CT dan keluarga.

Suzie berkata...

Takziah CT.Saya tahu peritnya.Ayah saya meninggal umur saya 13 tahun.Tapi bila mak meninggal 4tahun lalu memang terasa kehilangan.Saya dah tak betah lagi nak tinggal di kampung lama-lama.Macam mati kutu.Saya lebih suka berlama-lama di rumah mentua.Kami adik beradik sellau berjumpa cuma saya tak betah duduk lama-lama dirumah Arwah mak...

ct N honey berkata...

@Suzie adik beradik ct nasib baik ddk dekat2 aje, mmg selalulah berjumpa,tapi ct kena juga blk ke kampung sbb ayah masih ada,walaupun bila balk kg tu lagi menambahkan kesedihan sebab teringat emak.