Khamis, 30 Jun 2011

Tiga isteri Salih Yaacob terasa hati dengan isteri baru


Pelawak Salih Yaacob menyedari tiga isterinya yang lain agak kurang senang apabila isteri keempatnya, Samihah Sheikh Amy (Emi), 25, yang baru dikahwini lebih menonjol berbanding mereka.

Menurut Salih, walaupun isteri pertama sehingga ketiganya iaitu Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42 dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, tidak meluahkan perasaan tersebut tetapi sebagai suami dia dapat merasai perkara itu.

"Saya sedar mereka rasa kurang selesa apabila Emi lebih menonjol. Bukan senang nak jaga hati mereka tetapi saya akan perjelaskan setiap hal yang saya lakukan di luar. "Lagipun, bukan saya yang mahu tonjolkan Emi, pihak media yang kerap bertanyakan tentang dia, saya jawab macam biasa. Malah mereka (media) juga ada membuat temu bual dengannya," kata Salih yang ditemui selepas pelancaran program Salih Yaccob Show, I Follow di PJLA Theater, Jaya One, di sini, Rabu.

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa tindakan saya membawa Emi ke majlis-majlis pelancaran atau acara yang membabitkan dengan kerja saya kerana dia kini merupakan pengurus peribadi saya. Tiada kaitan dengan isu pilih kasih seperti yang diperkatakan.

"Saya harap kenyataan saya ini jelas dan tidak lagi timbul sebarang keraguan terhadap saya dan keluarga," jelas Salih.mstar.com.my


24 ulasan:

Misz-ella berkata...

Nak jaga hati seorg isteri pun kdg2 tergigit lidah. Inikan pulak4, kannnnn. HIhi.

Aesya Zealous berkata...

dugaan bermadu

addinahumaira berkata...

susah nak bayangkan hidup bermadu

idafirdausi berkata...

hey, datang sini nak jenguk belog kamu.. feel free to hit me back yeah :)

Bad Parenting

LUNA LANUN berkata...

blh lak bini no.4 dia tu jd pengurus peribadi dia... memang la ke hulu ke hilir dgn yg no.4 tu... sian kt akak2 yg lg 3 tu... sabar je la...

Entri terbaru:

1. Budaya "I FOLLOW U, U FOLLOW ME BACK"

Unknown berkata...

huhu..kesian plak dekat 3 bini yg laen..

Unknown berkata...

eloknya carilah pengurus peribadi lelaki ke kenapa mesti bini yang ke 4....

Rosmawani♥ berkata...

istri nabi pun ada perasa cemburu.. inikan pula manusia :) xper, suma ni cubaan :P

Yatt S. berkata...

adoii ai yang seorang pun kadang-kadang tak terjaga hatinya, inikan pula empat. ingat, suami kena adil.

Fida Ibrahim Dimalukan Dalam Rancangan Bang Bang Boom

cik azeya berkata...

derita hidup bermaduu..

SCLover berkata...

Dulu masa ada 3, isteri mana jd pengurus errk? utk elak konflik - amik aje org lain jadi pengurus . Sekurang2nya rezeki dicambahkan.Bg rezeki pada org lain jugak...

Jendela Hati berkata...

adat bermadu le abg jem... sorang ati seorang isteri atau ibu pun melompat nak jaga, inikan bila 4 orang hehehehe... rasanya abg jem nie pandai nak handle bab2 nie...

Blog Wave 110 berkata...

nak sgat 4 isteri,,amekkaw 4 jenis masalah..tanggung..haha

ct N honey berkata...

@kakchik@ella
inilah dugaan beristeri ramai

ct N honey berkata...

@addinahumaira
tak payahlah bayangkan tak sanggup

ct N honey berkata...

@LUNA LANUN
pandai2 lah si saleh tu,jgn nanti dengar bercerai berai pula,malu...

ct N honey berkata...

@syaz@rozelt
telanlah walaupun pahit

ct N honey berkata...

@Mama QS
nak jimat duit kot

ct N honey berkata...

@Jendela Hati
hrp2 cam tulah.

keriang dot berkata...

biar pi la bini dia............

keriang dot berkata...

biar pi la bini dia............

keriang dot berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
keriang dot berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
keriang dot berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.