Drama 13 Episod ini bakal menemui peminat menerusi slot Zehra, TV3. Tahajud Cinta dihasilkan untuk memaparkan perjuangan kaum wanita serta menyemarakan semangat diri mereka. Drama bersiri terbaru Tahajud Cinta tonjol kisah dilema suami berpoligami.Drama ini khusus untuk wanita. Drama ini berkonsep semi Islamik. Dalam Tahajud Cinta, Eman Manan sebagai Ustaz Syauki memang betul dari segi pendirian agamanya tapi dia sendiri tidak boleh kawal nafsu.
Sinopsis Tahajud Cinta
Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Ghous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang.
Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kpd Citra )ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.
Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki.
Citra nak membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak nak memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.
Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz ,Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy).
Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fauziah Ghous) dari menjadi isteri keempat.
Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.
Menariknya drama ini menampilkan pelakon yang hebat-hebat. Mereka termasuklah Remy Ishak, Fazura, Fauziah Gous, Shahz Jaszle, Tan Sri Jins Shamsuddin, Eman Manan, Norish Karman, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Melisa Saila, Ziela Jalil, Erma Fatima, Dira Abu Zahar, Ahmad Tarmimi Seregar, Fadilah Mansor, Haryanto dan Azizah Mahzan dan pendatang baru Neelofa.. Boleh dikatakan hampir 20 pelakon popular berlakon dalam Tahajud Cinta dan rasanya belum pernah ada drama yang tampilkan jumlah pelakon popular sebesar ini.
2 ulasan:
erm...ade sstgh org xsetuju dgn drama2 mcm ni sbb seolah2 mmpersendakan org2 berpurdah ni..entah la...sy pun no komen...
@ummi Hanie
mungkin mereka pakai cam tu sbb kat padang pasir kot..tapi tak tahu..nanti kita tgk bila drama ni dah keluar ye mcm mana
Catat Ulasan