Isnin, 18 Julai 2011

Awie jadi duta Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP)



IPOH: Penyanyi rock dan pelakon popular tanah air, Ahmad Azhar Othman atau dikenali sebagai Awie dilantik sebagai duta remaja Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP) untuk menarik lebih ramai remaja supaya mengamalkan keperibadian mulia.



Pelantikan Awie yang kini berusia 43 tahun dianggap formula terbaik untuk mendekatkan golongan sasaran menerusi pengaruhnya sebagai artis yang sememangnya mempunyai peminat ramai terutama di kalangan remaja.

Yang Dipertua PSIP, Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor, berkata sebagai sebuah pertubuhan dakwah tertua di Perak, PSIP yakin dengan pelantikan Awie dapat menarik lebih ramai di kalangan remaja untuk mengamalkan budaya hidup yang lebih positif.

"Kita boleh bekerjasama dengan golongan seni dalam usaha menerapkan nilai murni Islam kepada remaja,” katanya pada majlis memperkenalkan duta remaja PSIP dan pelancaran Program Khidmat Komuniti serta Perhimpunan Remaja di Kompleks PSIP di sini, kelmarin.

AWIE bergambar bersama sebahagian daripada pelatih Pusat Latihan 
Khidmat Negara selepas dilantik sebagai Duta Remaja di kompleks PSIP, Ipoh 


Sementara itu, Awie berkata, beliau secara peribadi terkejut dengan pelawaan PSIP memandangkan amanah yang bakal dipikul adalah sesuatu yang sangat besar.

"Saya terperanjat apabila dilantik sebagai duta PSIP kerana saya adalah insan kerdil dan ia menjadi satu penghormatan kepada anak seni seperti saya. Walaupun ia bukan satu perkara mudah, namun ia adalah satu amanah bagi menyedarkan generasi muda remaja masa kini," katanya. Info BH

P/S: Awie ni remaja lagi ke? Rasa macam tak sesuai aje....




6 ulasan:

puanbee berkata...

mcm tk berapa sesuai je ct ,,,


ct .. pasal beg tu tkpe bee tunggu hehe.. dn kalau boleh bila pos gitau ye leh tunggu..kadang2 posmen ingat tk de org kat rumah

SueZ berkata...

Ramai Artis dh berubah kan..syukur..

Klik HB untuk hari ini

ct N honey berkata...

@puanbee tq pbee sbb memahami

ct N honey berkata...

@SueZ
hrp2nya begitulah,berubah kearah kebaikkan

Vidic berkata...

awk ni cm x fhm je, hihihi. dorang just nak gune pengaruh awie tu.. kite x tau ape akan jadi tp kite tunggula ye..

Pais Mais berkata...

bangang.. awie tu dah la hidup nye sosial..bersubang plak tu.. siap ada klab mlm sndiri.. itu yang remaja kene ikut?