Lanjutan dari kenyataan Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Akram Sabri yang berkata, wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekali pun Islam menghalalkannya.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut pula mengulas isteri yang menolak syariat berpoligami secara mutlak adalah berdosa besar dan perlu segera bertaubat.
Beliau berkata, tindakan bakal isteri atau isteri yang sejak awal dan terang-terangan menolak syariat menuntut bakal suami atau suami tidak berpoligami dengan menandatangani perjanjian juga boleh membawa jatuh hukum murtad.
“Ini dosa besar dan perlu segera bertaubat sebab Allah syariatkan sesuatu mesti ada kebaikan.
“Tindakan itu juga boleh jadi murtad kerana menolak secara total syariat ditetapkan Allah yang menjejaskan kepercayaan kita kepada-Nya dan ketentuan-Nya,” katanya.
Kelmarin, Akram dilaporkan berkata,Wanita tolak poligami tak berdosa. Bagaimanapun, katanya, penolakan isteri itu tidak mewajibkan suami mematuhinya kecuali jika pasangan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami.
Ditanya pandangan beliau yang bertentangan dengan Akram, Nooh berkata, persepsi berlainan mungkin disebabkan suasana dan budaya negara berbeza.
“Mungkin suasana negara Arab lain, budaya kita lain, saya tidak kata pendapatnya tidak betul, itu persepsi dia.
“Kita kena melihat ‘nyamuk dengan kelambu’... kalau nyamuk yang silap kenapa kelambu dibakar, mungkin kesilapan suami, bukan syarat poligami itu sendiri sebab sudah jelas dalam al-Quran ia tidak boleh ditolak, namun ia tertakluk kepada syarat tertentu.
“Yang penting, wanita mesti tahu hak, kalau nak tolak poligami jangan sampai jejas secara total kepercayaan kepada Allah,” katanya.
Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad ,berkata adalah tidak berdosa seseorang isteri tidak mengizinkan suami berpoligami jika mempunyai alasan kukuh.
“Tapi berdosa sekiranya menolak mentah-mentah hukum Allah,” katanya.bharian
Ct tak lah berani nak cakap banyak sebab ini hukum Islam, biarlah orang yang layak saja yang memperkatakannya. Tapi sapa yang nak berpoligami, kalau boleh dijauhkan.
Cubalah program diet mariefrance-bodyline ni kalau rasa-rasa badan tu dah semacam aje bentuknya. Takut nanti encik abang ada alasan cari lain pula....
Cubalah program diet mariefrance-bodyline ni kalau rasa-rasa badan tu dah semacam aje bentuknya. Takut nanti encik abang ada alasan cari lain pula....
14 ulasan:
Nice info. Like2. :)
n jgn lupa keblog kami eh. Kalau sudi lah. ;)
.. beshh....
http://appleijau90.blogspot.com
do follow me yeerkk
tak berani nak kata apa la tentang ni. Tapi kalau boleh, sbg seorang wanita, saya berharap di jauhkan dipoligami. tetapi jika sudah takdir, kena terima dan berharap dapat madu yang baik..hehe..
berstuju dengan mufti kelantan.
mmm kalau adil ok lah..klu kawin tak adil,..kita merana kan cik lebah...
betul..kita isteri ni xleh kondem/bangkang perkara ni,just diam je kalo xsuke ... dan doa mintak jauhlah .. ;)
yang lelaki akan tersenyum girang, yang wanita diserang keresahan ;)
Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya
DAN kena tahu jugak, tak ramai bole sama adil (harta dan lain2) mcm encik salih Yaacob tu huhu...
@Ima Salsuzaima
kita hanya merancang tuhan menentukan
@SueZ
ppuan juga yg teraniaya
@Miss Y and Her World
ye betul tu..
@Jendela Hati
saya setuju sgt2 puan zai
itu semua ketentuan Allah....
pendapat aku...
if rase kuat nak hadapinya...benarkan..
kalau ta kuat tu.. banyakkan bersabar..ujian dari Allah ntuk hamba hambanya.....~
nice info...!
Pelik2...huh
Catat Ulasan