Rabu, 13 Julai 2011

Sinopsis Filem Aku Bukan Tomboy


Aku Bukan Tomboy telah dilancarkan pada September tahun lalu di Dataran Karyawan Finas di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang. Aku Bukan Tomboy ini adalah terbitan Skop Productions. Skrip asal filem Aku Bukan Tomboy, ialah hasil tulisan Yusof Haslam bersama Syamsul. Rasanya ini kali pertama Syamsul mengarahkan filem genre komedi romantik. Kos pembikinan termasuk promosi dianggarkan sebanyak RM1.6 juta. Lokasi penggambaran filem ini di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Menurut Syamsul filem Aku Bukan Tomboy ini bukan sahaja membongkar isu wanita tomboy malah isu pengkid yang menyimpan hati kepada kaum sejenisnya.



"Dalam cerita ini, ada sekumpulan pengkid cuba memikat Scha yang memegang watak tomboy. Terus-terang saya katakan anda pasti anda akan terkejut dengan penampilan Zarina AF kerana ia sangat berbeza daripada diri sebenar Zarina,"kata Syamsul.

"Saya sendiri memegang watak Burn, seorang jejaka pemalu dan nerd. Tak ada scene romantik yang melampau dan ia berkisarkan percintaan antara jejaka nerd dan tomboy lakonan Scha Al Yahya.
Shaheizy pula menghidupkan watak Salesman (Harry) yang gila-gila. Dia juga berperanan sebagai pencabar utama Burn dalam merebut cinta Farisa @ Eisha. Untuk OST atau lagu-lagu yang terdapat dalam Aku bukan Tomboy pula menggunakan ciptaan James Baum.

Pelakon yang menjayakan filem Aku Bukan Tomboy ini adalah Harun Salim Bachik,Scha Al-Yahya, Sam Shaheizy, Eira Syazira, sheera Iskandar, Salina Saibi, Zarina and Syamsul sendiri.

Sinopsis ringkas:
Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy  Farisa yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percitaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.

Di samping mengharungi lamunan percintaan dengan Harry dan Burn, Farisa turut tidak terlepas dari kecaman dan gangguan golongan ‘pengkid’ seperti Bell dan Sam. Farisa rupa-rupanya menjadi rebutan kepada Bell dan Sam yang mahu menjalinkan hubungan intim dengannya seperti pasangan bercinta. Farisa bosan dan rimas kerana enggan terjebak dengan hubungan songsang.

Persoalannya adakah terlalu sukar buat si gadis Tomboy untuk merasai kehidupan sebagai gadis normal yang bencikan hipokrasi demi memiliki cinta sejati? Sememangnya terlalu besar pengorbanan yang dituntut. ‘Aku Bukan TOMBOY’ sebuah filem bergenre komedi romantik bakal menjawab segalanya





"Apa yang pasti ini bukanlah filem komedi terakhir saya kerana akan ada selepas ini" kata Syamsul
Filem Aku Bukan Tomboy ini dijangkakan menemui peminat pada 17 November 2011. Jom kita merempit...

Ini ada cerita tentang Pengkid ragut 10 dara

22 ulasan:

iPai berkata...

agak2 best ke ?

WuMing berkata...

Dah follow sini... Hmm... Skarang adaik dia umur tak sampai 20 kot nah arah satu filem plak.....Dah bapak kaya... Anak nak buat apa pun boleh.... syok wooo....

Golden Rose berkata...

mcm best je...

Unknown berkata...

siapa yg pegang watak tomboy ni.. scha @ shiera..??

belum habis 321 cinta.. ni pulak lagi kesah tomboy...

Diari Anak Perantau berkata...

mcm best.. :)

Lelord berkata...

Harap2 best la

Baiz Mamat berkata...

cm best je citer ni

Yatt S. berkata...

ada Shaheizy Sam. so boleh lah tengok. kenapa ek si Samsul ni mesti berlakon dalam setiap filem dia? ehehehehe ;)

Tips : Cara Mudah Kantoikan Boyfriend Curang
Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya

ct N honey berkata...

@iPai
tak tahulah

ct N honey berkata...

@WuMing
mmg syok jadi anak orang kaya..sesuka hati aje nak buat apa

ct N honey berkata...

@Golden Rose
klu tanya ct,mungkin tak sesuai dgn umur ct yg dah tua ni.he..he..he..

ct N honey berkata...

@kakyong
scha,shiera ni kwan dia

ct N honey berkata...

@aremieroul
kita tunggu aje,best ke tidak

ct N honey berkata...

@Lelord
mungkin best,tapi ct rasa tak boleh lawan kutipan kl gangster

ct N honey berkata...

@Mr.Baiz
klu minat dgn scha boleh lah tgk nanti

ct N honey berkata...

@Miss Y and Her World
jimat kos.

Ummi Hanie berkata...

slalu yusof haslam asik arah drama/filem polis2 ...

anknye lak filem gangster2..rempit2 .. hehe...kontra ...

kali ni komedi??cmne smbutan nnti yer? :p

Vidic berkata...

cm x real je komedi tu??? x pe kite tgk nanti.. lgpn syamsul yusuf pengarah..

ebak_rahimi berkata...

symsul"armmmmmmmm".....scha"awk mngurut ke tu?" ha3,,,,, sumph tgelak scene nieh!

ct N honey berkata...

@PORUMAN kita tgk dulu baru boleh tahu best ke tidak

ct N honey berkata...

@ebak_rahimi watak syamsul tu mmg beza betul dgn kl gengstar

Kakiwayang berkata...

best cite ni...ala2 gabungan Awan Dania+Adnan Sempit+KL Gangster versi pompuan...haha... jom baca review kat page kakiwayang.com