Khamis, 28 Julai 2011

Video Pelajar Malaysia di temui mati di Pattaya.


Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun dan dilaporkan hilang oleh keluarganya selama empat hari akhirnya terjawab dengan penemuan mayatnya beribu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

Muhammad Syafiq Abu Ani, 25, dari Batu Pahat, Johor ditemui mati akibat terjatuh dari sebuah kondominum di Pattaya, Thailand, 23 Julai lalu.




Menurut laporan akhbar dalam talian, pattayaone.net, siasatan polis Thailand mendapati mangsa jatuh dari tingkat 14, Niran Grand Condominium di Soi Arunothai, berdasarkan penemuan barangan peribadi mangsa termasuk selipar dan tiket penerbangan balik ke Malaysia di sebuah unit di aras berkenaan.

Butiran tiket menunjukkan mangsa sepatutnya kembali ke Malaysia sehari sebelum penemuan mayatnya.

Penghuni kondominium itu juga mendakwa tidak mengenali mangsa dan sebab kehadirannya di Thailand masih dalam siasatan polis.

Berdasarkan laporan itu, siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai membunuh diri namun siasatan lanjut akan dilakukan dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Bangkok. Sementara itu jurucakap Wisma Putra mengesahkan kematian mangsa.





Semoga ahli keluarga dan kita semua akan dapat mengetahui apa yang sebenarnya yang berlaku. Takziah kepada keluarga Muhammad Syafiq Abu Ani.
Kelebihan Proton Saga FLX

7 ulasan:

berkata...

Al fatihah buat arwah..

ebak_rahimi berkata...

Al-Fatihah

SueZ berkata...

adui..mesti sedih parent dia..al fatihah...

Shah Blogger Profile Test berkata...

Kesian. Alfatihah buat arwah

naju berkata...

innalillah..

teratai berkata...

risau bila membaca insiden ini~mengingatkan keselamatan anak2 yg belajar di luar negara.Al fatihah buat arwah,semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan berat ini.

Jendela Hati berkata...

Al-fatihah