Khamis, 4 Ogos 2011

Mencari Resepi Temurun



TV9 menerusi tagline, ‘Ramadhan Di Hatiku’ tidak ketinggalan menyediakan program masakan untuk tatapan penonton setianya terutama kepada kaum ibu dan suri rumah. Salah satunya ialah Mencari Resepi Temurun yang akan disiarkan sepanjang Ramadhan ini.



Mencari Resepi Temurun
(8 episod, Isnin & Selasa, 6.30 petang mulai 1 Ogos)
Mencari Resipi Temurun merupakan sebuah program majalah yang menampilkan resipi tradisi turun-temurun dari negeri Johor, Kedah, Pahang, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak dan Melaka. Anis Nabilah Umaruddin selaku hos akan membawa penonton mempelajari resipi turun-temurun yang masih dikekalkan oleh sesetengah masyarakat di Malaysia.

kuih pudak
kuih dangai
Ketika menjelajah ke Kedah, Anis dan krew penerbitan berpeluang menikmati kuih pudak, dangai, peknga dan pulut ikan masin. Di Johor, mereka diperkenalkan dengan mee rebus tulang dan resipinya masih dikekalkan lagi dari zaman ke zaman, mee rebus istimewa, kuih kacau keledek, bubur lambuk istimewa, arissa dan bubur putik nangka.
kuih jeneral mabuk
Lebih menarik ketika mereka berada di Pekan, Pahang apabila Anis berpeluang mempelajari cara membuat ‘kuih jeneral mabuk’ dan murtabak mengkasar’ yang mempunyai keenakan yang tidak dapat digambarkan. Mencari Resipi Temurun ini diterajui oleh Ezzah Aziz Fawzy (penerbit eksekutif), Anis Nabilah (hos) dan Hartina Ayu Harun, (penerbit kanan).

Dalam ketiga-tiga gambar kuih di atas Ct tak pernah rasa kuih pudak dan kuih jeneral mabuk. Namanya pun unik, rasanya mesti best juga kan?


4 ulasan:

NzA berkata...

uniknya nama kuih2 tu...

Tea Dno berkata...

ni oke jugak ni..

ct N honey berkata...

@NzA
belum rasa je lagi..

Jendela Hati berkata...

haah xpenah rasa lg.