Sabtu, 20 Ogos 2011

Telefilem Tidak Terputus Tasbih Itu-TV Al-Hijrah

Lokasi Telefilem Tidak Terputus Tasbih Itu telah diadakan sekitar Kampung Jawa, Batu 18, Hulu Langat, Selangor. Ia adalah arah Izzman Hafiz cerita asal Rahimah Johari, penulis skrip Aucu dan diterbitkan oleh Sazawan Supply Sdn Bhd. Akan disiarkan di TV Al-Hijrah pada Aidilfitri ketiga nanti.

Telefilem berkisar setiap hidup dimuka bumi ada impian atau cita-cita. Tidak kira dari golongan mana mereka sekalipun sama ada yang kaya atau yang miskin semua ada cita-cita. Janya membezakan adalah cita-cita masing-masing dan cara mana mereka mengejar cita-citanya itu.

Sinopsis Tidak Terputus Tasbih Itu
Tidak Terputus Tasbih Itu menceritakan mengenai Jasman, anak pasangan Datuk Jasni dan Datin Hanum, Dia mempunyai dua adik, Jasrina dan Jasmir. Datuk Jasni pula seorang pemilik Gold Holding, syarikat pembinaan terkemuka. Memandangkan usia semakin lanjut, Jasni selesa menyerahkan hampir segala urusan kepada anak-anaknya yang diterajui Jasman.
Jasman pula mudah bersimpati, pemurah dan bertimbang rasa terhadap semua pekerja tanpa mengira latar belakang keturunan atau bangsa mereka. Ringkasnya, ia sebuah naskhah mengenai impian manusia. Walaupun seseorang berharta dan hidup dengan penuh kemewahan, tetapi tidak semua kena dengan tuntutan hati. Pasti ada berusaha mencari dan mengenal pasti apa dimahukan selama ini.

Petunjuk demi petunjuk tidak pernah putus ditemuinya. Sebalik itu, dia ditemukan dengan perpisahan dua adik beradik kandung yang berpuluh tahu terpisah. Inilah hikmah diberikan Allah seandainya bersih hati dan jujur dalam mencari keredaan  menuju jalan yang benar.
Pelakon membariskan pelakon terkenal, Datuk Rahim Razali, Nasir Bilal Khan, Aznah Hamid, Jue Aziz, Razali Hussain dan Hafiz Hairuddin.

Selamat berpuasa dan Selamat hari Raya Ct ucapkan kepada semua,terutama membaca setia blog ct N honey.


Tiada ulasan: