Selasa, 13 September 2011

Anak pelakon Safura Yaacob meninggal dunia-Takziah

Anak kepada penyanyi, pelakon dan penggiat teater, Safura Yaacob, Nur Aisyah Mariam, tiga tahun meninggal dunia semalam selepas Maghrib kerana demam berpanjangan sejak tiga hari lalu. Nur Aisyah Mariam adalah anak sulung hasil perkahwinannya dengan Sharonizam Noor juga seorang pelakon.


Safura ketika dihubungi berada di Hospital Ampang Puteri sedang menunggu jenazah anaknya dimandikan sempat menyatakan rasa hibanya kerana kehilangan anak secara tiba-tiba.
“Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan. Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun. Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan. Jadi saya memang tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana,” katanya yang tidak mampu memberi kenyataan lanjut kerana tidak mampu menahan perasaan sebak.
Safura ketika dihubungi berada di hospital bagi menunggu jenazah anaknya dimandikan sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Ampang. Jenazah Mariam akan dikebumikan hari ini sebelum Zuhur.

Malah Safura yang pernah tampil bersahaja menerusi teater Ronggeng Rokiah dan Terima Kasih Cinta kini sedang sarat mengandung lima bulan.

Sekarang ini pun anak Ct dah seminggu demam. Sample darah dah diambil, tapi tak ada apa-apa masalah. Sekarang anak saudara Ct pula dalam bilik ICU kerana dapat jangkitan kuman di paru-paru, itupun puncanya dari demam juga. Harap baby Mus dan baby Fakrul cepat cembuh.

16 ulasan:

intan . berkata...

tq ct sbb selalu bagi info terkini....

Elih Japahar berkata...

Takziah! semoga Safura dan keluarga tabah menerima ketentuan-Nya..

ForzaFiglio berkata...

Takziah...

umiawadah berkata...

Hmm..bahaya ye kalau anak kecil mendapat demam...kita tak tahu apa yang dia rasa...harap Safura mendapat penjelasan lebih lagi dari doktor yang merawat anaknya...ye lah sudah sampai ajal anaknya kita tidak boleh melawan takdir Allah..

RoyRMY berkata...

takziah utk safura sekeluarga.. semoga tabah menerima kehilangan org tersayang.. pasti ada hikmah di sebaliknya...

ct N honey berkata...

@AMFI itu nama samaran !
terima ksih,hrp menjadi follower ct yg setia,insyaallah ct akan berikan berita yg terbaik dan yg terkini utk semua

Eyda Dania berkata...

yke..thanks gtaw...mak suami safura 2..1 kpg ngn nenek eyda..salam takziah..

ct N honey berkata...

@ummiarissa
setidak2nya dia tahu apa punca kematian anaknya,supya boleh menjadi panduan kepada kita juga di masa akan dtg...

ct N honey berkata...

@RoyRMY
setiap yg berlaku mmg ada hikmahnya..hrp safura dan mereka yg menerima sesuatu bala menerima dgn reda

ct N honey berkata...

@Elih Japahar
bukan senang kehilangan orang yg tersayang,tapi kita kena terima dengan reda

norinaomar berkata...

aduhai,sedihnya..
teringat kawan-kawan saya pesan,kalau anak demam panas jangan biarkan,do something as quick as u can sebab kalau kena sawan tarik lagi bahaya.

Suzie berkata...

takziah for safura ...sedihnya kan ...moga tabah ...risau kalau anak demam tapi itu baru 3hari jekan...dah teruk memang Allah sayangkan dia dan itu janjinya pada Allah untuk bersama ibu dan ayahnya selama itu sahaja...

Jendela Hati berkata...

takziah buat dia dan keluarga. alfatihah.. risau kalu bab anak2 demam nie...

ct N honey berkata...

@norinaomar
mmg saya takut sgt klu kena swn tu,lagi teruk terus kecacatan otak,hrp dijauhkan

ct N honey berkata...

@Suzie
mmg dah ajalnya,tapi mmg sedih,sapa tak sayang anak

ct N honey berkata...

@Jendela Hati
hendaknya kalu bby,dia mana tahu nak ckp,mana yg sakit