Rabu, 28 September 2011

Majlis resepsi Norman Hakim dan Memey di Hotel Crowne Plaza tiada acara persandingan-Nas Great Idea


Sebanyak tujuh tan bunga segar bewarna putih suci yang diimport dari New Zealand, Belanda dan China bakal menghiasi Dewan Nirwana, Hotel Crowne Plaza sebagai simbahan rasa kasih dan sayang sempena persandingan bernilai RM12 juta dua sejoli, Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Bunga-bungaan itu ialah dari jenis phalaenopsis, carla lilly, eustoma, matthila, apple blossom dan cherry blossom yang akan mendapat sentuhan magik daripada Nasrul Nasaruddin atau Nas dari penghias pelamin popular, Nas Great Idea.

Katanya selain bunga-bungaan segar, mahligai ini nanti akan diserikan dengan pelbagai hiasan menarik seperti kaki lilin, kotak cermin kaca, rumah lampu bewarna putih, buah-buahan plastik seperti anggur dan lilin yang akan melitupi seantero ruang dewan, di mana kos keseluruhan mencecah sekitar RM330,000. Malah hampir keseluruhan barang yang digunakan adalah barang baru khusus untuk resepsi berkenaan.
"Ini adalah pertama kali saya merealisasikan konsep bercirikan perkahwinan glamor New York, di mana suasana di luar dewan nanti akan berubah wajah menjadi laluan serba putih manakala suasana di dalam dewan akan dihiasi dengan beberapa kanopi berlain suasana setiap satu. Inilah kelainan yang saya ingin terapkan dalam konsep perkahwinan Norman Hakim dan Memey kerana memang sudah kebiasannya saya hanya akan melahirkan sekali saja konsep atau identiti tertentu dalam mana-mana acara perkahwinan yang saya laksanakan sebelum ini. Istimewa mengenai mahligai ini apabila tidak akan ada pelamin seperti mana majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang lain kerana konsepnya lebih memberi tumpuan kepada pasangan pengantin dan tetamu untuk beramah mesra, sama sebagaimana majlis resepsi di kota epal itu. Inilah yang ingin saya buktikan dalam rekaan saya kali ini yang mana tidak semua majlis resepsi perlu di buat secara besar-besaran dengan jumlah tetamu yang ramai. Saya percaya konsep 'itimate' seperti ini akan menjadi ikutan masyarakat kita tidak lama lagi," katanya.
Selepas majlis resepsi di rumah pengantin perempuan di Kota Tinggi, Johor hujung minggu lalu, pasangan itu sekali lagi bakal tampil dengan sebuah majlis resepsi termahal yang pernah dilaksanakan dalam sejarah perkahwinan selebriti tempatan, di mana hanya 200 tetamu diundang.
 
Selain resepsi Norman Hakim dan Memey, khidmat Nas pernah digunakan bagi menyerikan persandingan Raja SMS, Mawi, pelakon jelita, Datin Paduka Umie Aida dan juga penyanyi muda Tomok. murai.

7 ulasan:

Unknown berkata...

ni hasil 12 juta? menarik

mohdhazlan Dreadlock berkata...

huh ..mhl nya ...

Irfa berkata...

pembaziran yg nyata (komen org yg tak suka mmg gini )
hehe

FaKArePa!n berkata...

bila la aku nk kahwin..huhu

NzA berkata...

Fuh!!!!mahalnya.

nick dot anis berkata...

that;s too much laaa...tak ingat ke kat owg2 susah yang lebey memerlukan...

masyaallah dunia skrg

Jendela Hati berkata...

pergh telan air liur kalau nak buat majlis besar yg menelan modal besar nie