Bukan sahaja diletakkan dalam tandas, malah semua ayam yang dijual di premis itu juga disembelih berhadapan dengan tandas itu. Ketika operasi didapati kesemua ayam hidup berkenaan diletakkan di atas lantai tandas dan menjijikkan apabila mangkuk tandas yang kotor dan tidak dipam dibiarkan terbuka begitu sahaja.
Malah, bau dalam tandas juga memualkan bagi sesiapa sahaja yang mula melangkah masuk ke bahagian belakang mini market itu. Mini market yang terletak di bahagian bawah rumah pangsa itu dipercayai mula beroperasi sejak awal tahun ini.
Malah, pemiliknya yang bukan warganegara tempatan mengakui memperoleh premis berkenaan atas nama kakak iparnya yang bertaraf warganegara Malaysia. “Abang saya kahwin dengan orang sini, saya cuma jaga kedai dia sahaja,” kata lelaki yang dipercayai Bangladesh itu apabila ditanya oleh Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam MPPP, Ong Ah Teong dan seorang lagi Ahli Majlis MPPP, Prem Anand. Baca lagi di sinarharian
14 ulasan:
Haiyoooo .. so geli.
ishh3 , takde tempat lain nak simpan . simpan la dalam bilik ke . dalam garaj kereta ke .
bukan nak kate la, lain kali nak selamat beli jer dengan orang Melayu, duk beli ngan mat bangla memang macam ni
eiii!jijik!!
SERIUS JIJIK!!
uwekk pengotor .. boleh tahan busuk mcm tu
eik, jgn kita sudah makan ayam nie dah lahhhhhh
hm, take note!
pasar PULAU PINANG OUT...
ni yg geli nk mkn ayam...sesetengah xendah pasal kebesihan....adoyaiii
eeee kotor la... ada gak org gini..
mak aih...mmg pengotor gler.menjijikkan.mntak2 jauh la dr mkn ayam gtu
gelinye....sib baikla jauh dr area sha..so sha tak penah bli kat situ...nape ye slalunye kes mcm ni hanya bangla yng terlibat?...
Itu tempat yang penguatkuasa jumpa masa operasi. Tempat lain yang tidak dilawati lagi, macam kat negeri lain, camana lah agaknya yek.
eeee,pengotoq nya laaa
Catat Ulasan