Bayi itu ditemui mati tertiarap dalam keadaan bogel di longkang flet berkenaan oleh penduduk kira-kira jam 7.30 pagi yang sebelum itu mendakwa mendengar bunyi seperti bungkusan sampah dicampakkan dari tingkat atas. Suspek yang masih bujang dan baru bekerja di restoran itu dua minggu lalu, mengaku membuang bayinya dari koridor tingkat dua flet bagi mengelak kelahiran bayinya diketahui rakan serumah. Namun, perbuatannya dapat dikesan selepas polis menemui titisan darah yang baru dicuci di lantai flet hingga depan pintu rumah sewanya. Suspek pada mulanya memberitahu sedang datang bulan, tetapi akhirnya mengaku selepas disoal siasat.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata berdasarkan siasatan awal polis, suspek mengaku melahirkan bayinya tanpa disedari rakan serumahnya termasuk empat warga Indonesia yang sedang tidur. Beliau berkata, suspek mendakwa bayinya sudah meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan sebelum membuangnya ke dalam longkang bagi mengelak kelahiran bayi itu diketahui rakan serumah.
“Mayat bayi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat, manakala suspek dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dengan kawalan polis,” katanya. Difahamkan, rakan serumahnya tidak mengetahui remaja itu mengandung kerana tubuhnya gempal.
Penduduk flet, Zahrizan Shahari, 27, berkata beliau baru pulang ke rumah dari kampungnya di Jengka, Pahang, sebelum ditegur seorang jiran yang memberitahu ternampak objek seakan-akan bayi dalam longkang.
Zahrizan berkata, beliau kemudian menghampiri longkang itu dan terkejut sebaik melihat mayat bayi perempuan dalam keadaan tertiarap sebelum menghubungi polis.
12 ulasan:
eii ape ke bangang..ish, tak suka carut2 ni tapi kalau orang camni..eh,geram nye...
memalukan!
semoga pesalah insaf atas perbuatan nya
ya allah..kesiannnnnn
menyampah, sakit hati, benci, meluat dan macam2 lagi perasaan terhadap perilaku yang mengalahkan binatang ni..ish...
binatang pn tahu sayang anak2.
teruk a..haiwan pun tahu sygkan anaknye
pakai tudung lagi.. buat malu muslim jer
melayu oh melayu..
islam oh islam...
amat menyedihkan..
subhanallah..
Moga yang yang ini jadi kes yang terakhir di Malaysia ni ...lepas ni moga tak ada lagi kes buang bayi ni ...amin
eeeee geramnyeee
binatang punye gemok.dh uat dosa tanggung lh. WELCOME TO HELL
Catat Ulasan