Isnin, 7 November 2011

Berita terkini Aweera OIAM- Keluarkan single baru 'Bintang'.

Aweera mencipta nama menerusi program realiti One In a Million (OIAM) musim ketiga tahun 2009 ataupun  rnama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham,20,. Anak kelahiran Kangar,Perlis ini cukup terkenal di kalangan peminat kerana memiliki vokal bernada tinggi. 


Bagaimanapun, selepas dua tahun berlalu, Aweera keluar dari persembunyiannya dengan membawa prinsip baru. Menjelaskan bahawa diamnya selama ini bukan kerana merajuk, dia sebenarnya masih mencintai dunia muzik.

"Walaupun saya kata tak mahu bawa muzik genre rock kapak, tapi itu bukan bererti saya sudah mengkhianati jiwa saya untuk tidak membawakan lagu-lagu rock. Jangan salam faham pula. Menerusi single terbarunya 'Bintang' genrenya masih rock, cuma ia lebih kepada eksperimen rock moden. Saya gubahnya sendiri dan sesuaikan dengan perkembangan zaman," terang Aweera.

Klip video 'Bintang' akan menemui peminatnya dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, mengulas mengenai status dirinya yang tidak berada di bawah mana-mana pengurusan, jelas Aweera, dia lebih selesa menggerakkan kariernya secara sendiri.

Dia tidak mahu terkongkong dengan mana-mana label syarikat melainkan syarikat Bandit ART Network yang dikendalikannya bersama seorang sahabat sejak empat tahun lalu.




WATCH: Share the Love Finale Concert

2 ulasan:

Unknown berkata...

berbakat besar budak ni... tertanya-tanya jugak ke mana perginya lepas OIAM tu... skang muncul semula... all the best!

FaKArePa!n berkata...

tak kenal.. huhu.. kurang layan OIAM dulu..