Jumaat, 11 November 2011

Gambar Pernikahan (Ke2) Lan A To Z dan Siti Nur Ain(Apple Qiss)-11.11.11

Pasangan Norazlan Abdul Aziz dan Siti Nur Ain telah selamat disatukan di Masjid Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 11 November 2011 pada pukul 11 pagi tadi.


Norazlan Abdul Aziz, 42, atau lebih dikenali sebagai Lan A To Z yang menduda selama lebih empat tahun, selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Siti Nur Ain Daud, 24, di sini hari ini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Hulu Selangor, Zulkhairi Jaid di Masjid Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu, dekat sini pada pukul 11.20 pagi.

Pada majlis tersebut, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM11,111.00 iaitu sempena tarikh hari lahirnya yang ke-24, hari ini.

Lan yang dikenali melalui lagu Itik Gembo-Gembo dan Darjat memberitahu, dia mengenali isterinya itu sejak tiga tahun lepas.

"Mungkin disebabkan fobia kegagalan perkahwinan pertama membuatkan saya mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan berkahwin kali kedua.

"Harapan saya hanya satu agar perkahwinan kali ini memberikan kebahagiaan buat saya," katanya.


Lan A To Z dan Ain selamat menjadi suami isteri
Hadiahkan Emas sebagai Hantaran untuk yang Tersayang
Siti Nur Ain(Apple Qiss)

Majlis persandingan dilakukan pada keesokan harinya di Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia, Rawang Selangor bermula pukul 11 pagi.
Hanya sekali lafaz Lan A To Z dan Ain sah menjadi suami isteri

Gambar dari FB Lan A To Z