Pada 18 Disember 2011 telah berlangsungnya manjlis bertandang ke rumah pengantin lelaki bagi pasangan pengantin baru Ana Dahlia dan Chef Riz. Majlis bersanding itu telah di adakan di Sg Koyan Pahang. Sebelum ini pasangan pengantin telah dinikahkan di kediaman pengantin perempuan, di Kg.Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak. Manakala majlis bersanding pula telah di adakan pada malamnya bertempat di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.
Majlis Resepsi Ana Dahlia dan Chef Riz di Sg Koyan,Pahang |
Chef Wan menepung tawar pengantin |
Chef Wan dan bekas isteri bersama pasangan pengantin menari joget lambak |
Pasangan pengantin bergambar bersama ahli keluarga dan sanak saudara |
Pelamin pengantin Ana Dahlia dan Chef Riz di Sg Koyan,Pahang |
Dekorasi di majlis resepsi Ana Dahlia dan Chef Riz di Sg Koyan,Pahang |
Acara s memotong kek Ana Dahlia dan Chef Riz |
Selamat Pengantin Baru Ana Dahlia dan Chef Riz |
Kedua mempelai cukup mempersona dengan persalinan rekaan Syomir Izwa, solekan Kuzie, manakala telah beradu di atas pelaminan indah yang dipenuhi lebih 12 jenis kuntuman bunga segar rekaan Kem dari Kapas Lifestyle.
Sementara itu Ana Dahlia berkata, peranannya sebagai pengurus Chef Riz sudah bermula sejak mereka mengenali satu sama lain lagi dan oleh kerana pengurusan jadual yang baik itu jugalah mereka telah berjaya disatukan dalam jangkamasa yang dirancangkan.
"Alhamdulillah berkat perancangan yang ada, Riz selepas ini akan sibuk dengan projeknya bersama Prego, diikuti kontrak barunya di Putrajaya, menguruskan restorannya dan juga waktu bulan madu kami," katanya yang masih perlu menyudahkan penggambaran Meyro Skuad untuk tayangan RTM.
Ditanya perasaan mereka selepas disatukan, Chef Riz berseloroh dan menjawab ianya bagaikan syurga di dunia apatah lagi kini kehidupannya sangat lengkap kerana dapat berkongsi bersama insan tersayang yang sering berada di sisinya.
"Syukur Alhamdulillah, impian saya untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini tercapai. InsyaAllah kalau diizinkan Tuhan, saya mahukan zuriat sekurang-kurangnya empat orang untuk menambah bilangan keluarga saya yang kecil ini," katanya.
Sementara itu menurut Ana Dahlia, meskipun perkahwinannya ini merupakan kali kedua selepas bercerai tujuh tahun lalu, dia bagaimanapun bersyukur kerana dipertemukan dengan Chef Riz dengan harapan dapat kekal hingga ke akhir hayat.
"Dalam hal ini, saya harus berterima kasih kepada Serina yang telah memperkenalkan saya dengan Riz. Memang pada awalnya saya keberatan untuk mengenalinya kerana saya tahu saya bukanlah datang dari keluarga senang, tapi selepas mengenali hati budi masing-masing, akhirnya hanya takdir saja yang telah menyatukan kami," katanya.
Gambar dari murai.com
Gambar dari AleeyaStudio Wedding Photographer
Gambar dari kabusribut3
Gambar pernikahan dan gambar Majlis Resepsi Ana Dahlia dan Chef Riz di Taiping Perak.
ChefRiz & AnaDahlia :: 2nd RECEPTION from lhmediatv on Vimeo.
Dengarnya di majlis resepsi Ana Dahlia dan Chef Riz di Sg Koyan ini, Serina kakak Chef Riz telah kehilangan iPadnya. Yang sangat Serina terkilan ialah semua gambar & video anak pertamanya ada di dalam iPad tersebut. Sabar ajelah... Maklumlah selalunya dalam majlis keramaian begini memang ramai ragam manusia, cuma kita kenalah berhati-hati dan jangan leka terutama dengan barangan berharga.
3 ulasan:
cantik dan sweet sangatt..
assalamualaikum ....sama cantik sama padan pasangan pengantin moga jodoh kekal hingga keakhirnya......:)
cantik wife dia! :)
Catat Ulasan