Setelah mengharungi kisah kontroversi cinta dengan Johan As'ari, akhirnya pelakon berbakat Izreen Azminda,26. mengambil keputusan untuk bertunang dengan jejaka pilihannya, seorang jurukamera yang dikenali dengan nama Muhamad Riza. Majlis akan berlangsung pada 1 Januari 2012 nanti bertempat di kampung halaman Izreen sendiri di Alor Setar, Kedah.
Ketika dihubungi
MH Online, Izreen tidak menafikan tentang perkara tersebut;
"Memang betul kami akan bertunang pada tarikh tersebut dan majlis akan diadakan di Alor Setar, Kedah. Saya tidak akan menyembunyikannya dan berniat untuk menghantar pesanan SMS menjemput wartawan ke majlis ini kelak."
Kisah cinta mereka bermula di lokasi penggambaran drama bersiri 'Tentang Dhia'. Walau bagaimanapun, Izreen tidak mahu berkongsi wajah jejaka pilihannya kepada umum sehinggalah tiba hari pertunangan kelak.
Mengenai karier lakonan Izreen sekarang, beliau sedang menjalankan penggambaran di bawah arahan Michael Ang, Izreen bakal muncul dengan sebuah telefilem yang bertajuk Pelesit dan Penjara.
Izreen sekarang popular dengan watak Melly dalam drama Tentang Dhia yang sedang ditayangkan di TV3. Sebelum ini ramai yang mengenali Izreen dengan watak cikgu Zakiah dalam drama Juvana.
4 ulasan:
owh, cinta lokasi lagi..
biar apa pun pilihan semoga berkekalan selamanya.. jgn bisng2 tin kosong..
Menyampah betul tengok watak melly dalam cerita tu.
alhamdulillah...
kontroversi bagai nak rak akhirnya dah nak bertunang pun
Catat Ulasan