Khamis, 22 Disember 2011

Surat khabar Beri Fakta tidak Tepat.15 Atau 35 Tikaman?

Hari ni di akhbar tempatan semuanya bercerita tentang seorang kerani bank yang telah di tikam dengan kejam. Mangsa dikenali sebagai Rozana Mohd Yusak, 35 tahun. Yang menjadi persoalannya ialah yang mana satu betul di tikam, 15 kali atau 35 kali?

Menurut  bharian dan  sinarharian  juga kosmo Rozana telah di tikam sebanyak 15 kali, manakala  hmetro pula di tikam sebanyak 35 kali. Bukannya apa, selalunya kita kalau beli suratkhabar bukan semuanya kita beli dan baca. Begitu juga jika mereka seorang blogger mesti keliru dengan fakta ini. Nanti tak pasal-pasal sebarkan cerita tak betul kepada orang ramai.

Sedikit info mengenai kejadian tersebut. Rozana Mohd Yushak, 35, seorang kerani bank telah di tikam sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Desa, Kepong, Gombak, awal pagi semalam. Jeritannya disedari orang ramai yang berada di sebuah restoran di tingkat bawah sebelum menghantar mangsa ke Hospital Selayang, namun wanita berkenaan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas diberikan rawatan kecemasan.

kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.



1 ulasan:

Suzie berkata...

Kesiannya...boleh pula tulis lai1n-lain fakta ....