Khamis, 2 Februari 2012

Gambar Banjir Di Bandar Seremban-2 Februari 2012

Petang tadi hujan turun dengan lebatnya di sekitar Seremban. Tak sangka pula dibandar Seremban telah berlaku banjir kilat. Sahaja nak share dengan semua suasana banjir di Seremban petang tadi. Gambar dari rakan FB yang telah bersusah payah load gambar untuk dikongsi dengan semua.












Update terbaru
Banjir kilat luar biasa yang berlaku di sekitar bandar Seremban petang semalam sesuatu yang jarang berlaku.

Walaupun hujan tidak sampai sejam, hampir semua kawasan di sekitar bandar ini dinaiki air.

Lebih memburukkan keadaan apabila kawasan letak kereta bawah tanah di Wisma Umno turut dipenuhi air, termasuk beberapa kampung serta perumahan di sekitar Sikamat serta Temiang.

Difahamkan, operasi KTM Berhad juga tergendala berikutan landasan dipenuhi air banjir.

Ketua Balai Bomba Rahang, Zakaria Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pertama di Kampung Nusun Nyiur dan Kampung Baru Sikamat, kira-kira jam 5.30 petang dan disusuli panggilan dari Wisma Umno Seremban.

Katanya, seramai 11 anggota diarah ke lokasi terbabit berserta dua jentera bomba untuk membantu mengepam keluar air.

“Semasa pasukan bomba tiba di Kampung Baru Sikamat, air sudah pun membanjiri kawasan berkenaan. Kerja mengepam air dari kawasan terbabit perlu pantas dilakukan.

“Manakala di sekitar Wisma Umno pula, kami mengambil masa sehingga jam 9 malam untuk melakukan kerja mengepam air dari kawasan parkir bawah tanah," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sepanjang kejadian banjir itu, tiada kemalangan mahupun kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, seorang mangsa banjir, Ushrah Mohs Isa, 47, berkata, banjir yang sering berlaku di kawasan rumahnya adalah perkara biasa.

Menurutnya, setiap kali hujan lebat, pasti kawasan rumahnya di kuarters KTMB akan dinaiki air dan dipenuhi dengan tanah lumpuh.

“Saya sudah biasa, malah setiap kali hujan turun saya dan anak akan bersiap sedia mengemas barang kerana tahu rumah pasti dilanda banjir.

“Walaupun saya mempunyai rumah lain di Sikamat, namun disebabkan beberapa masalah dalaman saya terpaksa juga duduk di rumah ini,” katanya.

Mohd Rahmat Ismail, 25, pula berkata, kejadian berlaku semasa dia dan keluarga sedang berehat di ruang tamu.

Katanya, sebaik sahaja hujan turun, dia sudah menjangkakan rumahnya pasti akan dinaiki air berikutan kawasan di perumahan kuarters lama KTMB sudah sinonim dengan banjir.

“Saya sudah bersedia dan menerima apa sahaja yang berlaku kerana keadaan ini sudah dijangkakan.

“Bagaimanapun, terdapat beberapa barangan elektrik yang tidak sempat diselamatkan dan rosak terkena air," katanya.

22 ulasan:

laskar pelangi berkata...

fuhhhhh! teruk jugak yeee~

ejam berkata...

peh habis ler keter2 tu rosak, kena keluar duit lagi utk repair...kopak2.

Unknown berkata...

mintak share...saya kredit kan pada blog anda

maszull berkata...

assalamualaikum CT...wah teruk juga banjirnya ni macam banjir kilat kat Kajang dulu...:)

p/s mohon share info ini yer..

al-lavendari berkata...

semalam balik dari ambil anak sekolah sri seremban nak sampai balik ke rumah di lavende heights dekat satu jam. selalunya lebih kurang 20 minit je. nasib baik tak sangkut dalam air, cuma terpaksa pusing-pusing cari jalan yang tak jem.

Belog Sambal Belacan berkata...

SubhanaAllah

http://akutetapaku85.blogspot.com/

waniey20~ berkata...

waaa~ tak sangka kat seremban banjir teruk sampai macam tuh . KTM pon banjir sampai macam tu sekali .

Razil Tahir berkata...

Haritu kajang... now seremban plak...
Subhanalah...

krunch2sa berkata...

kesian kat uni-mates yg semangat nak balek ari khamis tp tpakse patah balek sbb banjir nih.....
-just another blogwalker-

riss aziela berkata...

pe..banjir besar..x penah berlaku...
jab ag nak balik semban..agak2 surut x air..:(

skuterlady.blogspot.my berkata...

tak tau lak sampai banjir.. tapi hujan semalam memang lebat sesangat tapi kejap je..

Unknown berkata...

Ct honey...memang lebat semalam hujan, saya pergi ambik anak saya sekolah as saddiyyah angin punyalah kuat, kemudian jalan petronas taman marida (jalan depan taman lily) banjir juga tapi tak pulak sangka sampai ke seremban...
nak share ye,.....

ct N honey berkata...

@Joanna Yunus
agaknya satu seremban hujan,saya ddk TTJ lebat gak hujan

ct N honey berkata...

@lady scooter
saya pun tak sangka bandar seremban boleh banjir mcm tu

ct N honey berkata...

@farisya risya
klu hari ni dah surut airnya,kalau tak hujan lah

ct N honey berkata...

@krunch2sanasib baik boleh patah balik,klu tersangkut tengah banjir lagi susah

ct N honey berkata...

@Cik Montelsaya tgk gambar tu pun mcm tak caya aje ktm banjir sampai mcm tu sekali

ct N honey berkata...

@al-lavendari nasib baik semalm tak gi mana2 klu tak susah gak

ct N honey berkata...

@maszullsilakah lah share.tq

ct N honey berkata...

@Syahrulzaman Ahmadtq

khairul azuan berkata...

sistem peparitan kt smban ni xt'urus ke. btw...bnde nk jd. kuasa y maha esa kn. :-)

zazaw berkata...

and i was there.
bangunan wisma arab malaysia
terkejut habisss

terkelu semuaaa adaa