Rabu, 22 Februari 2012

Gambar Majlis Mandi Bunga & Berinai Lisa Surihani

Seperti cerita anak puteri-puteri raja, begitulah yang boleh dikatakan kepada Lisa Surihani untuk persiapan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 23 Februari ini. Walaupun dibesarkan dalam dunia moden, pelakon jelita, Lisa Surihani, masih lagi melakukan amalan tradisi Melayu sebelum bergelar isteri kepada Yusry Abdul Halim.


Lisa berkata, dia telah memenuhi kehendak ibunya, Siti Amira Ahmad yang mahu melakukan upacara mandi bunga, majlis berinai dan khatam Al-Quran sempena perkahwinan tersebut bersama sepupu rapat serta teman baiknya pada 17 Februari 2012.
Majlis mandi bunga Lisa Surihani

"Ibu saya berpesan, walaupun mahu mengadakan sebuah perkahwinan yang sederhana, amalan dalam adat Melayu mesti dilakukan.


Tambah Lisa, dia berasa seronok dengan amalan yang diadakan bersama teman rapat dan keluarga kerana merasakan seperti kembali mempraktikkan budaya nenek moyang yang semakin dilupakan. 

"Selepas mengadakan majlis khatam Al-Quran, berinai dan mandi bunga, terasa sejuk sangat hati dan pada masa sama ia dapat menenangkan jiwa tau," katanya yang turut mendapat bantuan dua lagi teman karibnya, Jihan dan Ili, dalam hal persiapan perkahwinannya itu.



Persiapan upacara mandi bunga Lisa Surihani


Berseri sungguh Lisa selepas upacara mandi bunga

Upacara mandi bunga Lisa dimulakan oleh ibunya sendiri
Majlis mandi bunga diadakan bersama sepupu rapat serta teman baiknya 

Yusry dan Lisa akan diijabkabulkan di Hotel Marriot, Putrajaya pada 23 Februari manakala majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, tiga hari selepas itu.
Majlis berinai Lisa Surihani



4 ulasan:

::CIK LYNN:: berkata...

xsabar nk tgu wedding lisa...msti mriah nya...=)

leyrashid berkata...

sejuknya....minggu ni ramai la jadi tak tentu arah...frust gila..

maszull berkata...

assalamualaikum CT...x sabar rasanya nak tengok Lisa n Yusrt kawen ni...:)

Jendela Hati berkata...

berseri tgk lisa nie...cantek...