Selasa, 7 Februari 2012

Leuniey Tampil Memberi Penjelasan-Ini Cerita Sebenarnya

Gadis yang didakwa putus tunang selepas jatuh cinta dengan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, juga pemilik butik Nur Eilunie Natasha Nazri semalam tampil membuat penjelasan dengan menafikan dirinya ada kaitan dengan penjaga gol skuad bola sepak negara itu.

Gadis berkulit putih berusia 21 tahun itu yang lebih mesra dipanggil 'Leuniey' turut menafikan tonggak utama The Red Warriors itu menjadi punca beliau memutuskan ikatan pertunangan dengan anak seorang usahawan batik di negeri ini.
Nur Eilunie Natasha Nazri

Menurutnya, ikatan pertunangan tersebut diputuskan atas sebab masalah peribadi dan bukannya kehadiran orang ketiga.

Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, berkata, dia hairan bagaimana nama Apek boleh terkait dalam masalah dia putus tunang sedangkan dia langsung tidak pernah bercakap dengan atlet dikagumi ramai itu. “Saya hairan bagaimana masalah saya ini dikaitkan dengan Apek sedangkan kami tidak pernah bercakap, apatah lagi keluar bersama,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

"Saya terima berita ini (putus tunang) sebagai satu dugaan, mungkin telah tersurat jodoh kami telah tiada. Perkara ini telah diselesaikan dengan baik dan keluarga saya telah berjumpa dengan keluarga bekas tunang saya itu. Kedua-dua pihak menerima keputusan ini dengan sebaiknya. Sebab itulah saya berasa perlu tampil memberi penjelasan kerana segala dakwaan mengenai Apek menjadi punca saya putus tunang semuanya fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan namanya. Saya berharap penjelasan saya ini menjernihkan keadaan dan membersihkan nama Apek daripada kontroversi berkaitan hal ini,” katanya.

Leuniey juga berharap pihak yang menyebar fitnah itu berhenti melakukannya kerana ia turut menjejaskan nama baiknya serta keluarga.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah ibu bapanya, Nazri Adnan, 43, dan Noor Laila Abu Bakar, 43, serta pengurus syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn. Bhd (KFR), Syed Ahmad Mohd. Yusof.

4 ulasan:

☺털이 소유❤ berkata...

huh ~ nampak sgt die nii mata duitan

Unknown berkata...

muka cun..tp perangai

mz berkata...

susah betul jadi femes ni kan?

ayu jamal berkata...

comelnya dia..kita pown x tahu sape betul sape salah kan.. biar la depa..

gahmi jaga gol jugak yang best..go fahmi..