Rabu, 8 Februari 2012

Majlis Pertunangan Farhan & Ahmad Rashdan

Setelah hampir lapan tahun menyulam cinta, akhirnya penyanyi Farhan Azizan atau Farhan memilih Ahmad Rashdan Shuhaimi sebagai bakal suaminya.

Enggan menangguhkan perkara yang baik, Farhan dan Rashdan bakal mengikat tali pertunangan pada 12 Februari (Ahad) ini di Ampang.

Farhan bersama bakal tunangnya Ahmad Rashdan
 
“Setelah hampir lapan tahun, saya mengenali dia, saya yakin untuk membawa percintaan kami kepada ikatan yang lebih serius. Tanpa ragu, saya memilih untuk bertunang dengannya dan majlis pertunangan itu akan diadakan pada Ahad ini. Insya-Allah, kami akan bertunang selama setahun dan bernikah selepas itu,” katanya ketika bercerita mengenai majlis pertunangannya itu.

 Berkongsi cerita mengenai bakal tunangnya, kata pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia (AF) musim keempat itu, keserasian dan saling bertolak ansur membuatkan hatinya terpaut kepada pengurus akaun tersebut.

“Susah hendak cari orang yang kita boleh serasi dan faham diri kita. Memandangkan saya penyanyi selalu balik lewat selepas persembahan pentas dan sebagainya saya perlu mencari teman hidup yang memahami. Alhamdulillah dia memahami kerjaya saya dan itu sudah cukup membuatkan saya bersyukur ditemukan jodoh dengannya,”jelasnya yang akan mengayakan pakaian long dress rekaan Syra Kim berwarna kelabu gelap.

Ditanya mengenai detik perkenalan mereka, sambil ketawa jelas pelantun lagu Aku Saja Yang Tahu, mereka saling mengenali ketika majlis sambutan hari lahirnya lapan tahun lalu.“Dia merupakan kawan kepada kawan saya dan dia juga menghadiri majlis sambutan hari lahir saya. Dari situ kami mula berkawan dan lama kelamaan terbit rasa cinta,” katanya.


Tiada ulasan: