Jumaat, 17 Februari 2012

Melamar Dengan 9.999 Kuntum Mawar Merah

Melamar teman wanita. Perkara itu biasa kita dengar. Tapi bukan kes ini. Seorang lelaki di China, En.Fan dan pasangannya Yin Mi telah menarik perhatian pengunjung di taman hiburan Guangzhou CHIME-Long Paradise di wilayah selatan Guangdong. En Fan telah melamar teman wanitanya  dimana disitulah kali pertama mereka bertemu tiga tahun lalu ketika Yin Mi dinobatkan sebagai Miss Bikini 2009.


Sebelum En.Fan ingin melamar teman wanitanya, dia telah membuatkan sepasang gaun yang diperbuat dari 9.999 kuntum bunga mawar.

Kenapa memilih no 9? Nombor 9999 adalah nombor bertuah dalam budaya Cina.

Bilangan 9 mewakili 'selama-lamanya' dalam budaya Cina dan di Kota Larangan Beijing maharaja dikatakan telah meminta 9.999 bilik untuk dibina.

Menurut legenda bilangan 10.000 telah dikhaskan sebagai tuhan-tuhan, oleh itu maharaja percaya bilangan 9999 akan membawanya lebih dekat ke syurga dan membawa dia nasib baik.

Dan yang mengembirakan En Fan, Yin Min menerima lamaran itu apabila cincin yang cantik tersarung dijarinya.

4 ulasan:

bersama kak Es berkata...

macam cerita Awak Suka Saya Tak dari kak Melur Jelita. tapi lebih islamik sebab guna 99 .. (asma ul Husna) :)

bunga_rose berkata...

lawanya baju..berapa agaknya kos dia kena kuar tuk buat baju tu...

kindergartenlibrary berkata...

bajunya lawa lah ~
:)

Unknown berkata...

penat nak beli bunga banyak2