Khamis, 9 Februari 2012

Sinopsis Cinta Buat Emelda-Slot Akasia TV3

Drama Cinta Buat Emelda arahan Abang Bob Hashim memaparkan cerita yang penuh dengan konflik keluarga, cinta, persahabatan dan yang paling penting penuh dengan emosi. Drama bersiri 24 episod terbitan MIG Production Sdn Bhd, akan mula bersiaran setiap Isnin hingga Khamis mulai 26 Mac 2012 jam 7 malam.

Drama ni membariskan pelakon-pelakon hebat antaranya Almy Nadia, Rabecca Nur Al-Islam, Erry Putra, Fizo Omar, Alex Yanz, Mustapha Kamal, Amran Ismail, Aida Khalida, Nuremy Ramli, Diana Amir, Shima Anuar, Kamal Faridz, Uncle Amin  termasuklah pelakon cilik yang kecik dan comel, Mia Sara Nasuha dan Rykal Iskandar kepada anda semua dan ramai lagi.





Sinopsis Drama Cinta Buat Emelda dari Novel
Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin... Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi. Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak.

Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada? “Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain.” Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh.

Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam sendiri! “Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya.” Lantas hati kecil Emelda bertanya, “Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?” Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. “Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!” 

Update:
Diadaptasi daripada novel Kasih Antara Kita, drama ini berkisar mengenai kehidupan Emelda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania, anak kakaknya, Emira.

Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik lelakinya, Emeriz mula renggang. Tanpa diduga, Emelda bertemua Aeril Fatah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika Dania.

Sejak pertemuan itu, Aeril sering termenung sambil teringatkan kenangan bersama Emira. Rupa paras Emelda seiras kekasihnya Emira yang meninggal dunia akibat kanser.

Aeril begitu berminat untuk mengenali Emelda. Bagi Emelda, dia sangat mengenali Aeril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak tujuh tahun lalu. Pada masa sama, Emelda gusar jika Aeril akan merampas Dania daripadanya.

Akhirnya Emelda mengaku yang Dania ialah anak luar nikah Aeril. Lama-kelamaan hubungan Aeril dan Dania menjadi semakin rapat sehinggakan Dania memanggil Aeril, Papa. Lantas Aeril mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda. Emelda akhirnya rela memperjudikan nasibnya bersama lelaki yang bernama Aeril Fatah, demi Dania, dia tetap mencuba sedaya upaya yang boleh.

Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta? Mampukah Aeril menawan hati Emelda? Apakah rahsia yang disimpan oleh Aeril mengenai kehidupan silamnya tujuh tahun lalu? Jangan lupa saksikan Cinta Buat Emelda.

Jadi kepada semua, jangan lupa saksikan Cinta Buat Emelda keluaran Metrowealth yang akan menemui anda menerusi slot Akasia, TV3 pada Februari ini pada pukul 7.00-8.00 malam setiap hari Isnin-Khamis. 

2 ulasan:

syafikah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
arnrashid berkata...

Citer ni dah lama sgt aku baca x igt dah jln citer tp yg pasti happy ending ler cam biasa. Tp FIZO tetap encem tau