Bagi memudahkan ukuran diambil, gadis berkenaan terpaksa menaiki belon udara panas.
Pengumuman ini sekali gus memintas gaun perkahwinan paling panjang di dunia yang sebelum ini dipegang oleh pereka dari Belanda.
Gaun yang diperbuat daripada satin ini mengambil masa selama 100 hari untuk disiapkan dan memerlukan 1,857 jarum.Renda gaun berkenaan diimport dari Perancis manakala fabriknya pula diperolehi di Itali. Sebanyak £5,000 telah diperuntukkan untuk menghasilkan gaun paling panjang di dunia ini.
Pereka di Romania itu mengambil keputusan untuk mencipta nama dalam The Guinness Book of World Records bagi memintas Belanda sebagai tanda protes ke atas negara berkenaan kerana menolak kemasukan Romania dalam zon bebas visa Kesatuan Eropah.
Malah tindakan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte yang menuntut supaya Romania meningkatkan lagi sistem keadilan dan membendung rasuah telah membangkitkan kemarahan penduduk Romania.
“Jika Belanda tidak membenarkan kita memasuki Eropah, maka kita keluarkan mereka daripada buku dunia,” kata penganjur, Alin Caraman.
5 ulasan:
fuyoo...
membazir kaen je. dari letak kat punggong baek letak kat kepala...
huhu, emo tak aku?
pnjg sgguh...tp bju ni lawa...=)
hahaha!! ase nk pkai gak r 6t.. nk buat 'ekor' selendang paling panjang :)
@Rapunzel Cikilolo x emo pun^^
Catat Ulasan