Sabtu, 3 Mac 2012

Jakarta Alami Fenomena Hari Tanpa Bayangan Matahari Esok

Tepat pukul 12 tengah hari ini, bandar Bogor di Jawa Barat mengalami fenomena hari tanpa bayangan matahari, manakala ibu kota Jakarta akan mengalami fenomena sama esok.

Pada waktu itu, untuk tempoh dua hingga lima minit, orang ramai tidak dapat melihat bayangan sendiri di bawah sinar matahari kerana matahari berada tepat di atas kepala dan jika cuaca tidak berawan, bahang panas matahari adalah optimum dan bersifat sangat menyengat.


Selepas tempoh itu, bayangan mereka akan kelihatan semula kerana kedudukan matahari semakin beralih ke garis lintang arah utara.

Peneliti Utama Astronomi Astrofizik di Lembaga Penerbangan dan Angkasa Lepas Nasional (Lapan) Indonesia, Dr Thomas Djamaluddin berkata, secara astronomi, kejadian itu merupakan fenomena rutin yang biasa berlaku pada tarikh sama dua kali setiap tahun kerana pada ketika itu matahari berada tepat di garis lintang di kawasan terbabit.

Di Indonesia, beberapa bandar mengalaminya pada sekitar awal bulan Mac dan sekali lagi pada pertengahan Oktober, katanya hari ini.

Fenomena ini telah pun berlaku di Yogyakarta pada 29 Februari dan Solo pada 1 Mac, manakala semalam ia dialami di empat bandar iaitu di Bandung, Cirebon, Pekalongan dan Semarang.




3 ulasan:

Unknown berkata...

ceh..temberang lah.. kat sini hari2 mcm tu.. cuba ko p kat kawasan lapang tepat pd jm 12.00 tghri bayang mesti hilang punya.. kat kg kita org slalu maen2 bayang2 ni..hahaha.. buat2 cerita je lah sumber yg ko cari ni..tau betul dah xde cerita laen..kakakaka..

Unknown berkata...

haha..tepat jam 12..memg bayang2 xde sebab tepat diatas kepala..

Unknown berkata...

sabo je la ngn komen2 kawan2 awak yg dua org kat atas nun... haahaha///

jom singgah..

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/sayangggg-mak-dara.html

zul a.k.a sam banjamin
(founder of gerila penulisan kreatif)