Jumaat, 2 Mac 2012

Kenapa Perlu Tukar Berus Gigi 3 Bulan Sekali?

SETIAP orang mempunyai tabiat tersendiri. Sama ada perlakuan itu positif atau negatif pastinya akan mempengaruhi kehidupan. Contoh yang paling mudah tabiat makan pada waktu malam dan tidak memberus gigi tentunya akan memberi kesan kepada kesihatan gigi. Lama kelamaan gigi akan rosak, sekali gus membuatkan penampilan kurang sempurna. Menukar berus gigi setiap tiga bulan, anda mampu berubah menjadi individu yang lebih sihat serta bahagia.


Ini terbukti menerusi kajian dijalankan Persatuan Pergigian Chicago Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan, beribu-ribu bakteria boleh membiak di atas berus gigi berbulu. Ada sesetengah boleh menyebabkan selesema dan virus kudis pada mulut.

Menerusi kajian ini, pakar pergigian menggalakkan rakyat AS menukar berus gigi setiap tiga bulan bagi kesihatan mulut yang optimum, namun hanya 8.6 peratus pengguna mematuhinya manakala yang lain menggantikan berus gigi setiap sembilan bulan. Berbeza dengan rakyat Jepun kerana mereka lebih bijak dan menghargai kesihatan apabila menggantikan berus gigi setiap 3.1 bulan.

Menurut Pakar Pergigian AS, Tom Glass, berus gigi harus dibuang selepas 40 hingga 50 penggunaan. Individu sihat perlu membeli berus gigi baru setiap tiga bulan manakala mereka yang bermasalah gusi, mulut dan mempunyai imunisasi yang lemah perlu menukar berus gigi lebih kerap.

“Mereka yang mempunyai penyakit pernafasan atau penyakit berjangkit perlu menukar berus pada awal penyakit, seterusnya apabila penyakit mereka bertambah baik. Berus gigi pula perlu ditukar setiap hari untuk pesakit yang baru pulih daripada pembedahan kerana pada masa ini, jangkitan kuman adalah lebih tinggi,” katanya.

Ramai tidak tahu berus gigi adalah tempat pembiakan biasa bagi kuman dan kulat kerana sering basah dan boleh tercemar menerusi bakteria di bilik mandi yang datang apabila seseorang mengepam tandas.

Oleh itu, menyimpan berus gigi di tempat kering serta jauh dari tandas adalah cara paling selamat memastikan berus gigi bebas mikro organisma.

Persatuan Pergigian Malaysia juga mengesyorkan menukar berus gigi sekurang-kurangnya setiap tiga bulan mampu menghalang bakteria daripada memasuki mulut.  Ini terbukti selepas tiga bulan penggunaan berus gigi menjadi haus dan lusuh serta kurang berkesan ketika membuang plak. Bakteria juga boleh tertinggal dan hidup secara semula jadi di dalam mulut selepas menggunakan berus gigi secara berulang-ulang. 

Batang pemegang berus juga sangat penting bagi memastikan pemberusan sempurna. Penyelidikan juga menunjukkan bentuk gagang berus penting untuk kumpulan pengguna tertentu.

Orang yang mengalami kecederaan atau kecacatan tangan lebih suka kepada gagang tebal kerana boleh memegang dengan selesa. Pengguna lain pula gemar dengan gagang lebih nipis manakala kanak-kanak memilih pemegang yang gebu dan gemuk.

What is important is using the right toothbrush and brushing the right way.Klik here

3 ulasan:

| CIKZEK | berkata...

thnks for the nice info. bru thu hari ni. huhu :)

Unknown berkata...

lepas baca entry ni, terus masukkan berus gigi dalam senarai barang2 yg nak dishopping esok... bagus2..

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/wajah-2012.html

harap sudi2 lah menjenguk kembali... komen la seadanya... mengharap sokongan rakan2 lain..

zul a.k.a sam banjamin
(founder of gerila penulisan kreatif)

Mira Maisara berkata...

wah..tak tahu pon pasal nie. thnks info :D