Isnin, 5 Mac 2012

Kenyataan bapa Ashraf dapat liputan di Britain

Akhbar Mail On Sunday semalam melaporkan Rosli Harun yang merupakan bapa pelajar yang diserang dan disamun semasa rusuhan di London, Mohd. Ashraf Raziq Rosli menyatakan negara berkebajikan Britain menggalakkan rakyat menjadi malas.


Menurutnya, pemuda berusia 17 tahun yang menyerang anaknya tidak bekerja dan memperoleh wang daripada kerajaan.

"Sistem di Britain membuatkan rakyat menjadi malas. Di Malaysia, jika anda ingin mendapatkan wang, anda harus bekerja. Jika anda mahu wang yang lebih, anda harus belajar bersungguh-sungguh.

"Di Britain, rakyat yang bekerja membayar cukai dan ia disalurkan kepada orang yang tidak bekerja. Saya tidak faham tentang perkara itu," katanya seperti yang disiarkan di akhbar The Mail on Sunday.

Kenyataan itu disiarkan selepas dua lelaki didapati bersalah merompak Ashraf dengan berpura-pura membantunya dalam insiden rusuhan di sini pada musim panas tahun lalu.

Ashraf, 21, diserang di Barking ketika rusuhan berlaku di sini pada 8 Ogos tahun lalu.

Sebelum itu, pelajar jurusan perakaunan tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dari Kuala Lumpur itu sedang berbasikal ke rumah seorang rakannya di sini apabila dia ditumbuk sehingga menyebabkan rahangnya patah manakala basikalnya turut dilarikan.

Ketika dia terbaring cedera, John Kafunda, 22, dari Ilford dan Reece Donovan, 24, mencuri beberapa barangan di dalam beg mangsa termasuk sebuah konsol per mainan video bersama 10 permainan video bernilai sekitar £500 (RM2,376).

Kedua-duanya didapati bersalah di Mahkamah Diraja Wood Green di sini pada Jumaat lalu kerana melakukan rom pakan dan berkelakuan ganas.

Pada 16 Februari lalu, suspek ketiga, Beau Isagba, 17, didapati bersalah menyerang Ashraf dan mencuri basikal mangsa.

Menurut Rosli yang merupakan bekas pegawai tentera, kejadian itu meninggalkan kesan psikologi ke atas Ashraf.

"Apabila dia melihat orang ramai datang ke arahnya di jalanan, dia akan menyeberangi jalan raya dan berjalan di bahagian lain," katanya.



2 ulasan:

Unknown berkata...

Kalau saya di tempat ashraf sekali pun saya akan fobia dengan orang ramai

skuterlady.blogspot.my berkata...

sokong dengan ape yg bapa ashraf tu cakap. negara berkebajikan camtu, rakyatnya 'manja'. menganggur pon leh dapat duit... makin pemalas la diorang. cube wat camtu kat Malaysia. De nak dapat duit bantuan free2 camtu? tak dapat tu derr...

lagi 1, kat Malaysia nih... ingat suka2 ke orang nak bayar cukai? kalau tak merungut, tak sah derr... pelik gak tengok diorang kan? bayar cukai tanpa kompromi betul... tak kisah pon duit cukai tu tujuan nya ke mana.