Untuk pengetahuan semua isteri Mawi, Ekin sekarang ini masih berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Cahaya Malaika, 28 Februari 2012 yang lalu. Manakala ibu mertua Mawi telah tinggal bersama untuk menjaga Ekin yang didalam pantang.
Berdasarkan laporan berita yang disiarkan Buletin 1.30, Mawi dan ahli keluarganya telah diikat dan barangan bernilai RM10,000 telah dilarikan perompak tersebut.
Sehingga kini masih belum ada lagi kenyataan rasmi daripada Mawi berhubung insiden tersebut. sumber
Update
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi serta tiga penghuni lain iaitu isterinya Ekin, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad dan nenek mereka Salmah Sahar telah diikat oleh empat perompak bertopeng yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.
Mawi yang baru menyambut kelahiran anak sulungnya pada 28 Februari lalu lega apabila anaknya, Cahaya Malaika dan orang gaji mereka tidak diapa-apakan.
Bercerita tentang mencemaskan itu, tiga perompak mengetuk pintu biliknya dan bila Ekin membuka pintu, seorang daripadanya meletakkan parang dileher Ekin sambil meminta duit dan emas.
Manakala yang lain dengan segera mengikat kaki dan tangan Mawi, ibu mertua dan neneknya di atas katil.
Difahamkan, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru sahaja pulang dari Johor Baru selepas selesai mengikuti siri jelajah Anugerah Bintang Popular (ABP2011).
Dalam kejadian ini, perompak telah berjaya melarikan empat telefon bimbit, wang tunai, barang kemas serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM10,000.
Mawi dan keluarga nyata masih trauma dengan kejadian yang berlaku lebih-lebih lagi ini adalah kejadian kedua.
2 ulasan:
tu la. tadi dgr kat buletin utama. sib baik takde apa2 kecederaan. just kehilangan ditaksirkan RM10,000-00.
nota kaki : today first time saya terjah blog ni. jumpa sewaktu blogwalking jap tadi. da follow, senang nak dtg lagi nanti. sudi la kiranya menjejaki saya ~ AIDA'S HOME SWEET HOME ~
Sian dowang.
Catat Ulasan