Sabtu, 17 Mac 2012

Sinopsis Drama Friday I'm In Love slot Aurora TV9

Siapa yang nak tengok lakonan Aiman Hakim lagi? Ini ada satu lagi drama bersiri akan ditayangkan tidak lama lagi dalam slot Aurora di TV9 bertajuk Friday I'm In Love. Drama ini akan mula ke udara mengantikan drama Pistachio Dayana yang dijangkakan berakhir bulan April 2012 nanti. 

Drama sebanyak 13 episod ini akan disiarkan bermula 19 April pada setiap Khamis pukul 8.30 malam menerusi slot Aurora di TV9. Diarahkan Faizul Abdul Rashid dibintangi barisan pelakon muda iaitu Nellydia Senrose, Bella Daly, Qi Qushairi,Aiman Hakim, rizal jaafar, Zoey Rahman dan ramai lagi. 



Sinopsis drama Friday I'm In Love


Friday I'm In Love mengisahkan Awang (Qi) seorang yang lurus dan bersahaja. Awang akan jatuh cinta setiap kali hari Jumaat kepada gadis yang berbeza. Sebelum menjelang Jumaat lagi satu, dia akan berpisah dengan teman wanitanya.

Awang, seorang remaja yang juga seorang pembantu di sebuah kedai buku dan bersahabat baik dengan Ana, Nisha, Pitt, Jo dan Hansem.

Awang menyambut hari jadinya yang ke-21 bersama mereka pada Jumaat di kedai kopitiam milik bapa Nisha. Sedang mereka sibuk berbual, Awang terlihat seorang gadis cantik iaitu Amy dan secara tiba-tiba Awang cuba sedaya upaya untuk berkenalan dengannya.

Tanpa disedari, mereka menjadi serasi dan Awang jatuh cinta kepada Amy dan kisah cinta mereka berterusan pada Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu tetapi pada Khamis, Amy menamatkan percintaan mereka dengan mengakui bahawa dia sudah berkahwin.

Awang berasa sangat kecewa, namun pada hari seterusnya, dia bangun dengan ingatan kabur terhadap Amy dan bertemu pula dengan Bella dan jatuh cinta sekali lagi.

Awang percaya dia terkena badi sumpahan orang yang ditujukan terhadap ibunya. Andai tidak menemui cinta sejati pada usia 24 tahun, dia akan bertukar menjadi seekor 'hamster'!.

Kelakar pula jalan ceritanya. Tak sanggup nak tengok Awang yang handsome tu jadi hamster. Kalau nak tahu lebih lanjut jalan ceritanya jangan lupa setiap hari Khamis di TV9 dalam slot Aurora.




 Izara aishah pun akan muncul (cameo)sebagai sepupu aiman.




Update 6 April 2012

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar mendapat idea penghasilan drama bersiri Friday I'm In Love (FIIL) selepas mendengar lagu kumpulan rock antarabangsa, The Cure, dengan judul yang sama ketika sedang memandu pada 2008.

Ahmad Izham berkata dia gembira dan berbangga drama mengenai cerita cinta muda-mudi itu adalah konsep drama pertama cetusan ideanya yang berjaya direalisasikan di kaca televisyen.

"Drama ini sangat istimewa kerana ia adalah konsep drama televisyen pertama yang berjaya diterbitkan daripada empat konsep drama yang saya miliki.

"Saya menunggu selama empat tahun mencari platform paling sesuai bagi merealisasikan drama ini sehingga TV9 menunjukkan minat mereka pada idea tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin pula berkata sebagai kelainan, stesen tersebut bakal menyiarkan kesudahan drama itu dalam format telefilem berdurasi dua jam di slot Skrin di 9 pada 18 Julai depan.

"Slot Aurora yang menghidangkan drama-drama bersiri tempatan mendapat respons yang sangat menggalakkan daripada penonton khususnya belia.

"Untuk itu, kami tampilkan pendekatan baru buat julung kalinya dengan menyiarkan kesudahan drama ini dalam bentuk telefilem selepas episod terakhir ditayangkan nanti," katanya.

Penampilan istimewa pelakon wanita popular seperti Fouziah Gous, Puteri Sarah Liyana, Izara Aishah, Nabila Huda dan Ayang Hussein sebagai kekasih hati Awang pastinya akan lebih menghangatkan lagi drama ini.



15 ulasan:

Niza Romli berkata...

tak sabar nak tengok :)

Unknown berkata...

nantikan kemunculannya di kaca tv anda...

+++++

jom kunjung blog saya. harap ade hubungan dua hala dari gang-gang gerila penulisan kreatif ni...
dengan rendah diri dan rendah hati, mengundang tuan/puan ke blog saya. tinggal2kan lah jejak atau komen di mana-mana

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/soledad.html


zul a.k.a sam banjamin
(pengasas gerila penulisan kreatif)

Aida Azryn berkata...

wajib tengok ni! ada aiman berlakon! ;D

dieyla berkata...

wah menarik...mcm best je cerita ni...

Unknown berkata...

mcam best jer cite ni..mesti syok!

Tanpa Nama berkata...

memang syok...terbaeekkk!!

Tanpa Nama berkata...

memang syok...terbaeekkk!!

Tanpa Nama berkata...

memang syok...terbaeekkk!!

Tanpa Nama berkata...

memang syok...terbaeekkk!!

Tanpa Nama berkata...

memang syok...terbaeekkk!!

Tanpa Nama berkata...

memang syok...terbaeekkk!!

Tanpa Nama berkata...

memang syok...terbaeekkk!!

Tanpa Nama berkata...

memang syok...terbaeekkk!!

Tanpa Nama berkata...

memang syok...terbaeekkk!!

Unknown berkata...

Perghh mmg best la..awesome giler syal!! aneh aneh je dowh!! XD ,, TERBAIK