Jumaat, 23 Mac 2012

Sinopsis Usin Bunga Cerekarama TV3-Lakonan Mantop Zizan Raja Lawak

Seperti biasa sabtu malam slot Cerekarama akan menemui peminatnya di saluran TV3. Sabtu (24 Mac 2012)  ini satu lagi kisah menarik akan bersiaran yang bertajuk Usin Bunga. Pelakon utamanya ialah Zizan Raja Lawak yang semestinya memegang watak Usin.

Sinopsis Cerekarama Usin Bunga
Drama ini mengisahkan Usin seorang anak yatim tinggal bersama ibu saudaranya. Usin seorang penganggur dan peragut tegar. Pada suatu hari, dia nekad untuk meragut 10 mangsa dengan harapan dapat mengumpul RM1,000 untuk membayar sewa tapak pasar malam. Dia meragut bersama rakannya, Sahak Sekinchan. Mereka berdua berjaya meragut dengan cemerlang 9 mangsa tetapi masih kekurangan RM300.

Usin dan Sahak menuju ke sebuah kilang untuk meragut mangsa terakhir. Mereka berdua ternampak seorang makcik berjalan pulang dan dengan tangkas Usin dan Sahak meragut beg tangan makcik tersebut. Selepas meragut, Usin memeriksa beg makcik itu dan telah jatuh hati terhadap anaknya bernama Ju. Apa yang bakal dilakukan oleh Usin seterusnya?  Baca lagi disini

Jangan lupa Usin Bunga dalam slot Cerekarama, hari sabtu, pukul 10.00 malam di TV3.


Tiada ulasan: